Video| Ikut pintu belakang? Ada konspirasi? Daniel Ting berpindah ke JDT! Semuanya dah terjawab!

Published by
KitaReporters


TEKA-TEKI dan persoalan yang bermain dalam kalangan peminat bola sepak selama ini akhirnya terjawab apabila Daniel Sang Ting secara rasmi telah diperkenalkan sebagai pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam laman media rasmi milik JDT.

Ketika bersama KL City FC, Daniel Sang Ting antara pemain yang berada di prestasi terbaik selain berjaya membantu KL City muncul juara Piala Malaysia pada edisi ketika itu. 

Ramai para peminat terutama penyokong sejati ibu kota ini berharap pemain ini akan sambung kontrak dengan KL City namun sebaliknya terjadi. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pemain bola sepak



Jika dilihat dari sudut lain pula, kemasukan Daniel Ting ke JDT ini memberi kelebihan untuk JDT.  

Dan sudah, ia menambah kuat lagi barisan pertahanan JDT dan ini juga secara tidak langsung membantu persiapan JDT dalam menghadapi pusingan kedua Piala AFC pada Ogos 2022 ini.

Ini bukan pasukan kedua beliau tapi Daniel Ting sudah pernah mewakili beberapa pasukan di Liga Malaysia antaranya JDT II, PKNS, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur City.



Sebelum ini, pemain kacukan Malaysia-England telah mencetuskan pelbagai persoalan dalan kalangan peminat apabila tidak menyambung kontrak bersama pasukan Kuala Lumpur City. 

Antara alasan yang diberikan adalah masalah peribadi atau keluarga serta tidak mahu menerima vaksin dan ini antara asbab beliau meninggalkan pasukan KL City. 

Namun ketika itu lagi, sudah ada bunyi bahawa ada pasukan cuba bermain pintu belakang untuk mengambil pemain ini dan ini disahkan sendiri oleh Presiden KL FA, Khalid Samad

Persoalan sekarang, apakah ada konspirasi dalam perpindahan pemain ini? - KitaReporters



8
12
0
14
0

Copy Link: