MUFTI Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, 82, yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh meninggal dunia pada Ahad, 30 Mei 2021.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang mengesahkan perkara itu memaklumkan Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang.

Allahyarham yang disahkan positif Covid-19 pada 11 Mei 2021 lalu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB berikutan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

Harussani dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan pada peringkat negeri mahupun Pusat. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
3
0
0

Copy Link: