Berita Terkini| Wanita gantung diri dalam bilik air hotel! Dipercayai alami masalah peribadi!
Published bySEORANG wanita warga asing yang menginap di sebuah hotel di Genting Highlands ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam bilik air di sebuah bilik hotel berkenaan, pada awal Sabtu, 22 Mei 2021.
Ketua
Polis Daerah Bentong
Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa berusia 32 tahun menginap di
hotel berkenaan sejak datang ke negara ini pada awal tahun 2021 ini.
“Pada hari
kejadian, mangsa sedang berbual bersama rakan-rakannya sebelum bergegas masuk
ke bilik air dan mengunci pintu.
"Curiga
dengan tindakan mangsa, rakannya membuka pintu bilik air untuk memanggilnya
keluar namun usaha itu gagal.
"Kemudian
rakannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan hotel sebelum
dilaporkan kepada polis," katanya melalui satu kenyataan media pada Isnin,
24 Mei 2021.
Mangsa
dipercayai dalam keadaan tertekan akibat masalah peribadi.
Zaiham berkata, anggota polis yang tiba di lokasi menemui mayat mangsa dalam keadaan tergantung.
"Pemeriksaan
awal pada mayat mangsa mendapati kematian wanita itu tidak melibatkan sebarang
unsur jenayah.
"Mayat
mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk proses bedah siasat," katanya.
Katanya,
orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi Bilik Gerakan
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melalui talian 09-2222222 untuk membantu
siasatan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter