Video| Berbahagialah Zulin! Jaga perut suami! Berganding bersama di dapur sediakan hidangan enak!
Published bySEBUT sahaja Zulin Aziz siapa tidak mengenali perjalanan hidup anak seni ini. Pelbagai onak dan duri dilalui pelakon dan pengacara cantik manis ini.
Seperti pepatah Melayu selepas hujan pasti timbul pelangi, begitu juga kehidupan Zulin.
Biarpun pernah mengalami kenangan pahit ditinggalkan oleh kekasih sebelum ini, namun itu kisah lama yang perlu dipadam dalam memori hidupnya.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan masakan
Kini selebriti cantik berusia 33 tahun ini sedang mengecapi kebahagian dalam hidup. Malah tahun 2022 membawa makna istimewa kepadanya kerana bertukar status menjadi isteri seseorang.
Menjenguk masuk ke Instagramsnya, isteri kepada jejaka kacak, Farhan Norzaini teruja dengan tanggungjawab baharunya.
Malah, menjadi kemestian kepadanya untuk meyediakan makanan kepada suami. Untung Farhan... isteri rajin memasak.
Menariknya, turut kelihatan pasangan baru ini sangat rajin masuk ke dapur. Oooo... rupanya bukan Zulin sahaja hebat di dapur suaminya juga kelihatan tidak kekok berada di dapur.
Pasangan itu sentiasa berganding bahu memasak hidangan bersama. Malah hidangan yang disediakan juga tampak menarik dan menyelerakan.
Pelbagai menu disediakan pasangan dua sejoli itu.
Malah aksi mereka bergandingan di dapur juga turut dikongsi untuk tatapan peminat.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat pasangan baru menyediakan hidangan. Malah hidangan yang disediakan juga bukan untuk mereka sahaja.
Malah, Zulin turut berkongsi masakan tersebut akan dikongsi bersama mentua. Wah beruntung ni dapat menantu yang rajin... bukan sahaja rajin cantik pulak tu!
Semoga Zulin dan Farhan bahagia bersama sehingga ke jannah. - KitaReporters