KETIKA artis-artis lain meminta itu dan ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini, artis ini pula mengeluarkan duit poket sendiri bagi membantu mereka yang susah serta memerlukan. Ketika artis-artis lain menuntut duit beribu-ribu daripada kerajaan, artis mengeluarkan duit ribuan ringgit bagi disumbangkan kepada rakyat. : KitaReporters

Man RJ  (kanan) menyumbang kira-kira 30 peratus wang kemenangan MLM 2019 untuk tujuan kebajikan


MAN Raja Lawak (Man RL), 42, mungkin hanya merupakan insan seni berpendapatan kecil. 

Tetapi dia melakukan banyak sumbangan besar kepada masyarakat berbanding dengan sejumlah insan seni yang mempunyai hasil pendapatan lebih besar daripadanya, tapi lebih suka menunjuk-nunjuk bila senang, dan meminta-minta bila susah.  

Semua yang mengenali Man RL atau nama lengkapnya Abd Rahman Kasim tahu akan perangai ‘gila-gila’nya sesuai dengan profesionnya sebagai pelawak.

Namun di sebalik "kegilaan" itu, Man RL sebenarnya mempunyai sifat kudus, berhati mulia dan sanggup menolong orang yang memerlukan pertolongan dan terserlah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana.

Di samping itu, dia turut bersedia meninggal kehidupan selesa selepas bergelar pelawak sejak 2011 dan kembali ke kehidupan sederhana bersama keluarga ketika menjadi posmen dahulu.

Luahan Man RL itu diabadikan dalam postingnya di Instagramnya @Manrajalawak (https://www.instagram.com/manrajalawak/) :


Dalam salah satu postingannya, Man RJ menyatakan dia akan memperuntuk wang tunai sebanyak RM50,000 kepada mereka yang sangat memerlukan dengan cara menghubunginya secara DM (direct messaging) menerusi akaun Instragramnya.

Wang tunai RM50,000 itu adalah sebahagian daripada hasil kemenangannya sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 pada Januari 2019.

Dalam MLM 2019 itu, Man RJ muncul juara bersama Ali dan Mamak dalam kumpulan Puteh dan meraih wang tunai sebanyak RM500,000 iaitu hadiah paling besar bagi pertandingan seni di Malaysia selama ini.

Setelah dibahagi bertiga, setiap anggota membawa pulang wang tunai kiraa-kira RM166,000 seorang.

Ini bererti Man RJ menyumbangkan kira-kira 30 peratus daripada hasil kemenangan menjuarai MLM 2019 kepada mereka yang memerlukan ketika tempoh PKP ini dikuatkuasakan.


Selain itu, Man RJ yang tinggal di Selayang, Selangor ini juga dikataka bersedia menjual sebahagian hartanya yang diperoleh daripada hasil melawak selama ini untuk melakukan kerja kebajikan dan amal jariah.
Katanya, dia bersedia menjual kereta mewah serta motosikal berkuasa tingginya jenama, dan bersedia hanya memandu kereta Kancil dan motosikal kapcai.

Dia bersedia hidup sederhana bersama keluarga ketika menjadi posmen dahulu, jelasnya.


Bagi Man RL, apa yang penting ialah niat ingin berbakti dan mengharapkan keredaan Allah.

Apa yang dilakukan oleh Man RL harap dapat menjadi inspirasi sejumlah insan seni yang sudah merasai kehidupan selesa.

Dalam postingannya, Man RL mengharapkan doa orang ramai agar kesihatannya tetap baik dan diberi rezeki melimpah pada masa hadapan.



Man RL menggantikan Allahyarham Abam Bocey bagi teater komedi muzikal Korupsi Dewan Semandung yang berlangsung pada 28 dan 29 Mac 2020. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: