Akibat cemburu suami bakar isteri! Rani tetap maafkan suami Junada, 2 hari sebelum kematiannya
Published byKENANGAN yang terindah sepasang suami isteri antara Junada @ Nanda dan Rani Andriani pada 2019. - Kredit Foto : FB Rani
MULIANYA hati seorang isteri, walaupun suaminya membakar dirinya akibat cemburu tetapi Rani Andriani, 20, tetap memaafkan kesalahan suaminya dua hari sebelum wanita itu menemui ajal di Hospital (RSU) Haji Adam Malik, Medan, Sumatera Utara pada malam Jumaat. 19 Mac 2021 lalu.
``Apa yang berlaku ke atas diri saya (Rani) dan ibu jangan berdendam dengan suami saya kerana saya sudah memaafkan dia (suami) biarpun dia membakar diri saya.
``Yang sudah itu, sudahlah dan biarlah kita anggap itu semua sudah berlalu dan takdir dari Allah yang menentukan segalanya dalam hidup kita,’’ kata Rani dengan linangan air matanya kepada ibunya, Yati, iaitu dua hari sebelum kematiannya.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan suami isteri:
https://kitareporters.com/search?search=suami+isteri
JUNADA ditahan polis pada 1 Februari 2021 selepas dia membakar isterinya. - Kredit foto: Tribunnews Manado
Yati memberitahu, walaupun Rani hidup menderita kerana kira-kira 65 peratus tubuhnya terbakar akibat perbuatan suaminya, Junada @ Nanda, 21, yang membakar wanita itu pada 31 Januari 2021, tetapi dia tidak menunjukkan tanda kemarahan atau berdendam terhadap suaminya.
Menurut laporan Tribunnews Manado dipetik berkata, Junada terlalu cemburu serta menuduh Rani melakukan hubungan intim dengan abang suaminya itu (abang ipar Rani) tetapi isterinya tetap tidak mengaku dengan perbuatan itu.
KIRA-KIRA 65 peratus tubuh Rani melecur serta hangus akibat dibakar oleh suaminya. - Kredit foto: Tribunnews Manado
Semasa pasangan suami isteri itu bergaduh di rumah mereka di Jalan Pasar 7, Beringin Desa, Tembung, Sumatera Utara, Junada mengambil tong yang berisi minyak petrol lalu mencurah pada tubuh Rani sebelum mencucuh api di badan isterinya.
Bagaimanapun, api yang sedang membakar di tubuh Rani itu dapat dipadamkan oleh beberapa jiran termasuk kakak ipar Junada yang melihat kejadian tersebut menyebabkan 35 peratus lagi tubuhnya tidak melecur.
Yati berkata, selepas kejadian itu Rani dibawa ke Hospital Mitra, Medika kemudian dipindah ke Hospital Deliserdang sebelum Hospital Haji Adam Malik.
YATI sentiasa berada di sisi Rani yang terlantar di Hospital Haji Adam Malik, Medan, Sumatera Utara. - Kredit foto : Tribunnews Manado
Suaminya pula menghilangkan diri kerana penduduk kampung bertindak untuk menangkapnya tetapi akhirnya pihak polis berjaya menangkap Junada di Desa Sambirejo Timur, Percut Sei Tuan, Deli Serdang sehari selepas tragedi itu.
Pasangan suami isteri terbabit itu telah berkahwin sejak empat tahun lalu tetapi tidak memperoleh anak dan mereka sering bergaduh juga dipercayai kerana Junada mempunyai seorang perempuan berusia 14 tahun, hasil perhubungan perselingkuhannya.
RANI ANDRIANI
Yati yang sentiasa menemani anaknya sepanjang Rani dirawat di tiga hospital berkata anaknya itu seorang yang baik dan wajahnya sentiasa tenang meskipun jiwanya terseksa menahan kesakitan akibat badannya melecur.
``Bayangkan hampir dua bulan dia hidup menderita di hospital kerana 65 peratus tubuhnya terbakar tetapi dia sanggup pula memaafkan kesalahan suaminya yang membakar tubuhnya.
``Dengan saya beberapa kali Rani meminta maaf dengan wajah sedih dia menangis sebelum tiga jam dia menghembus nafas terakhir pada 19 Mac 2021 lepas,’’ ujar Yati kepada Tribunnews Manado. - KitaReporters
SEBAHAGIAN pemandangan Hospital Haji Adam Malik, Medan, Sumatera Utara.