Tunku Safinaz bertitah menyeru rakyat membantu menderma darah


PERSATUAN Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) yang membantu kerajaan sudah memberi 32,000 dos suntikan vaksin Covid-19 kepada warga negara, sebahagian besarnya khidmat dari rumah ke rumah membabitkan orang lumpuh, geladangan dan orang-orang tua.

Pengerusi Kebangsaan PBSMM, Tunku Temenggong Kedah, Dato Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Syafinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, bertitah dos suntikan itu diberikan kepada penduduk yang bermasalah itu kerana mereka tidak mampu ke pusat suntikan vaksin.

"Selain daripada pesakit terlantar di rumah, PBSMM juga turut memberi khidmat kepada warga emas, pekerja asing, warga yang tidak mempunyai dokumen diri dan orang geladangan," katanya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Bulan Sabit Merah

TUNKU Puteri Intan (tengah) menyaksikan penyerahan replika cek oleh Ketua Pemasaran Shopee Malaysia Sdn Bhd, Nadia Anwar (dua kanan) kepada Suhaimi Yacob (dua kiri). Turut sama, Kevin Woo (kanan) dan Hakim Hamzah (kiri). - Kredit foto: Fariz Iswadi Ismail (Harian Metro).


Tunku Putri Intan Safinaz bertitah demikian ketika melancarkan Kempen Bulan Pungutan Derma Bantuan Banjir, Derma Darah dan Derma Organ anjuran PBSMM dan PBSMM Wilayah Persekutuan (WPKL) dengan kerjasama Mayland Group, di Plaza Damas Sri Hartamas pada 15 Januari 2022 lalu.

Titah baginda lagi, pemberian vaksin itu sebagai usaha untuk membantu kerajaan mempercepatkan sasaran mencapai sasaran penerima suntikan untuk masyarakat istimewa itu.

PBSMM sudah menjalankan khidmat berkenaan sejak Jun 2021 lalu dan akan berterusan untuk memberi suntikan kepada masyarakat yang sukar datang ke pusat suntikan.

Baginda Tunku Puteri memberitahu, tugasan murni itu diberikan kepada PBSMM yang kini ada di 450 Parlimen. Malah PBSM juga sudah menubuhkan unit orang muda sebagai pelapis dan menjadi 'bank idea' bagi membantu pemimpin lama dalam persatuan merangka program-program 'segar' berdasarkan idea citarasa mereka.


Tunku Puteri bersama anggota PBSMM yang menjayakan kempen membantu masyarakat (kanan) Woo. 


"PBSMM melihat pembentukan komuniti yang saling menjaga kebajikan masyarakat agak mencabar terutama di kota raya apabila penghuni memilih untuk tinggal di kondo dan tempat-tempat yang sukar "kami sampai" untuk mengadakan program menyatupadukan penduduk menjadi satu komuniti Keluarga Malaysia," katanya.

Sehubungan dengan itu, pertubuhan mengambil pendekatan dengan bekerjasama dengan pemaju perumahan dan pengurusan pasar raya untuk mengadakan program membantu masyarakat ditimpa kesusahan banjir, kempen derma darah dan menderma organ. 

Baginda mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Mayland yang sudi membantu dengan menyediakan tempat khas kepada orang ramai untuk menderma barangan bagi membantu mangsa banjir.

PBSMM menghargai kempen derma darah hasil kerjasama PBSMM WPKL bersama Persatuan Perubatan Universiti Malaya (PPUM) termasuk membabitkan Jabatan Transfusi Perubatan itu yang diketuai Dr Christina Lee. Matlamatnya mengumpul 100 beg sehari dalam kempen selama dua hari pada 14-16 Januari lalu.


Tanda tabung derma dibuka dengan sumbangan pertama daripada tetamu istimewa.


Sementara itu Pengarah Urusan Kumpulan Mayland Group, Datuk Kevin Woo memberitahu pihaknya sangat berbangga dengan undangan PBSMM untuk bekerjasama menjadi sebahagian komuniti negara bagi menjalan kempen membantu mangsa banjir dan derma darah serta organ berkenaan.

Katanya inilah kali pertama pihaknya diberi peluang menjalankan kempen kebajikan berkenaan dan sejak enam tahun lalu, sebagai pemaju yang membina lebih 20,000 unit rumah, pihaknya sangat bangga kerana dapat bersama-sama mewujudkan kempen menjadikan Hari Esok Yang Lebih Bermakna. 

Hadir sama Naib Pengerusi Kebangsaan merangkap Pengerusi PBSMM WPKL Datuk Seri Suhaimi Yacob; Setiausaha Agung PBSMM Hakim Hamzah; dan Pengarah Perniagaan Runcit dan Jualan Hartanah Antarabangsa Mayland Pel Loh.

Sementara itu, PBSMM WPKL turut menerima sumbangan daripada Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd berjumlah RM66,566 serta Mayland Group sebanyak RM5,000 sebagai tanda kerjasama mereka dalam membantu mempercepatkan proses pemulihan kepada mangsa banjir di setiap negeri yang terkesan baru-baru ini. - KitaReporters


9
19
0
8
0

Copy Link: