WABAK Covid-19 yang melanda hari ini jelas memaparkan wajah sebenar manusia yang amat mementingkan diri mereka sendiri.  Beli banyak-banyak dan kemudian buang begitu sahaja!! Ini bukan pembaziran tapi ketamakan tahap melampau. : KitaReporters

Gambar ini memaparkan bungkusan roti Gardenia yang telah dibuang di sebuah tong sampah besar, mungkin kerana tarikh sudah luput.


Rata-rata kita mengetahui stok roti Gardenia di pasaran amat sukar untuk didapati untuk kita semua sejak lebih dua minggu lalu ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Oleh sebab itu, ada manusia yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang belakang. 

Tular dalam media sosial kini, gambar bungkusan roti Gardenia yang dibuang ke dalam tong sampah tanpa bungkusannya dibuka kerana tarikh boleh makan mungkin sudah luput.

Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat tamak membeli roti Gardenia dengan stok banyak walaupun mengetahui roti tidak tahan lama.


Ternyata, tiada orang yang mengetahui mengapa roti ini dibuang sedangkan ia nampaknya masih dalam plastik roti-roti itu dibeli dari kedai. 

Rata-rata netizen berasa sangat marah dan bengang dengan tindakan orang yang sangat tamak dan pentingkan diri sendiri ini.


Menurut pemilik akaun FB @Salim Iskandar :

"Pagi2 PKP fasa ke2 aku nak marah rakyat Malaysia sikit. 

Korang tengok roti2 GARDENIA ni. Korang buat PANIC BUYING, beli banyak2 sudahnya expired korang tak makan dan buang macam tu je.

"Kesian kat orang yang betul2 nak makan roti tapi tak dapat sebab korang TAMAK GILA HALOBA!

"Korang boleh rileks tak? Sampai pi pukul driver lori Roti Gardenia dan curi lori bawak lari.. 

"Sudahnya tak larat makan, benda expired dan pengakhirannya di dalam tong sampah!

"Boleh tak kita duduk rumah, berdoa agar BALA COVID-19 ni hilang dari dunia dan jangan buat PANIC BUYING lagi?"

Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada manusia yang lain. 

Ingat jika nak beli apa-apa pun ingat orang belakang sama-sama. - KitaReporters


1
0
1
0
0

Copy Link: