PENGABAIAN dan penderaan kanak-kanak mesti memberi kesan kepada perkembangan dan juga kesihatan. Bukan itu sahaja ia turut menjejaskan perkembangan psikologi dan fizikal kepada kanak-kanak berkenaan.

Kisah menyedihkan ini berlaku kepada seorang remaja Palestin, Ahmad Manasra yang kini disahkan mengalami masalah kesihatan mental serius akibat keganasan yang dialami.

Ahmad yang dipenjara oleh rejim aparteid Zionis sejak 7 tahun lalu ketika usianya hanya 13 tahun.


Lagi kisah-kisah berkaitan penderaan kanak-kanak


Memetik laporan Amnesty International, kesan daripada penderaan mental itu, Ahmad kini mengalami skizofrenia, sejenis penyakit mental.

Ibu Ahmad berkata, anaknya sebelum ini adalah seorang kanak-kanak yang normal namun kesan penderaan emosi da fizikal yang melampau menyebabkan dia kini berubah.

“Tentera Zionis menyeksa anak saya sejak dia kecil, sejak usianya 13 tahun lagi. 

“Anak saya telah mengalami penindasan yang paling teruk, saya minta  kepada semua supaya tolong anak saya, dia tidak bersalah tetapi dianiaya dengan kejam,” luah ibu Ahmad menerusi perkongsian dalam laman Twitter, @emyazan333. 



Terbaharu, Ahmad dipindahkan ke sebuah Hospital Penjara Ramallah berikutan keadaan kesihatan yang semakin merosot.

Lebih menyedihkan ketika lawatan pemeriksaan oleh peguamnya, Khaled Zabarka, Ahmad berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Malah tidak mampu berkomunikasi sekali gus membuktikan tekanan emosi yang dialami terlalu hebat.

Turut kelihatan kesan luka di kedua-dua tangan remaja yang tidak bersalah itu bukti keganasan serta penderaan yang berterusan oleh pihak penjara negara haram berkenaan.



Kisah tragis Ahmad bermula pada 2015, apabila ditangkap oleh rejim aparteid Zionis kerana dakwaan cuba membunuh penduduk negara haram berkenaan di Pisgat, penempatan haram di Baitulmaqdis.

Ketika ditahan, rejim aparteid itu menyoal siasat dan memberi tekanan kepadanya menyebabkan dia mengalami trauma yang teruk.

Remaja itu kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun namun berjaya dipendekkan tempoh hukuman kepada 9 tahun.

Lebih menyedihkan lagi, sepanjang tahanan penjara Ahmad berdepan penderaan emosi yang teruk dan ditempatkan dalam sel bersendirian.

Keadaan tersebut semestinya memberi tekanan sehingga meninggalkan trauma kepada remaja yang masih muda.



Walaupun mahkamah mendapati bahawa Ahmad tidak terlibat dalam insiden pembunuhan itu dan berada di bawah umur minimum untuk tanggungjawab jenayah, remaja itu tetap disabitkan dengan cubaan membunuh pada tahun 2016

Semoga penderitaan yang dialami Ahmad ‘dipandang’ oleh Yang Esa yang lebih mengetahui kisah sebenar.Bertahanlah Ahmad semoga syurga menjadi milikmu nanti! - KitaReporters


12
9
1
15
0

Copy Link: