Dan Dan Dan Parker (tengah) bersama sijil Guinness World Records yang mengiktirafnya sebagai pemandu buta terpantas di dunia bagi katogeri pemandu buta. - Kredit foto: WapCar

Kereta Chevrolet Corvette C4 yang telah diubah suai menggunakan teknologi moden termasuk sistem panduan audio yang digunakan oleh Dan Parker di Truth or Consequences, New Mexico, Amerika Syarikat. - Kredit foto: Dan Parker.


AGAK mustahil bagi kita dalam keadaan normal untuk memandu kenderaan melebihi kelajuan 300 kilometer sejam dan tentunya sukar untuk membayangkan bagaimana seorang yang hilang penglihatan pula mampu melakukannya.

Mungkin ia agak sukar dipercayai, namun perkara tersebut bukan mustahil dan benar-benar berlaku apabila seorang lelaki buta yang juga merupakan seorang bekas pelumba kereta di Amerika Syarikat berjaya melakukannya untuk mencatat nama sebagai pemandu buta terpantas dunia dalam Guinness World Records (GWR)


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan rekod dunia

Dan Parker menerima ucapan tahniah selepas berjaya mencatat nama sebagai pemandu buta terpantas dunia. - Kredit foto: Dan Parker.



Bagi Dan Parker, cacat penglihatan bukan penghalang baginya melakukan sesuatu yang boleh disifatkan sebagai luar biasa dan tidak mampu dilakukan oleh sebilangan besar insan normal . 

Lebih manis rekod tersebut dicipta oleh Dan Parker pada ulang tahun ke-10 dia kehilangan penglihatan akibat kemalangan dalam satu perlumbaan 10 tahun lalu.

Dia yang memandu kereta Chevrolet Corvette C4 mencatat kelajuan 210 batu/j (338 km/j) dalam percubaan pertama dan 212 batu/j (341 km/j) pada percubaan kedua di litar khas di Truth or Consequences di New Mexico, Amerika Syarikat.

Namun hanya catatan secara purata yang diambil kira iaitu 211 batu/j (339.5 km/j) sebagai rekod membolehkannya mengatasi catatan rekod lama 200.5 batu/j (323 km/j) yang dipegang oleh Mike Newman, seorang pemandu dari United Kingdom sebelum ini.


Dan Parker membuktikan kecacatan bukan penghalang untuk mencipta kejayaam.-Kredit foto ; WapCar.


"Saya berharap kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada semua orang terutama yang senasib dengan saya sekali gus bukan sahaja mebuktikan kami mampu mengendalikan kereta dengan selamat, malah mampu melakukannya dengan kelajuan melebhi 300 km/j. 

"Dalam masa yang sama kejayaan ini membuktikan kepada dunia berhubung potensi teknologi moden seperti kereta pandu sendiri untuk membantu memecah halangan orang buta dalam pergerakan harian mereka," katanya kepada media Las Cruces Sun News.

Dan Parker yang juga merupakan seorang pengubah suai kereta telah melakukan pengubahsuaian terhadap kereta Chevrolet Corvette C4 yang dikhususkan untuk dipandu laju dalam keadaan mata tertutup selain menggunakan sistem panduan audio bagi membantunya mengawal kenderaan semasa percubaan tersebut.

Perlumbaan terbaharu itu adalah sebahagian daripada Cabaran Pemandu Buta Persekutuan Kebangsaan Orang Buta. - KitaRepoters



Dan Parker menerima ucapan tahniah daripada mereka yang turut terlibat secara langsung dalam usahanya mencatat rekod sebagai pemandu buta terpantas dunia. - Kredit foto: Dan Parker.

Selain bekas pelumba kereta, Dan Parker juga merupakan seorang pengubahs uai kereta. - Kredit foto: Dan Parker.

10
12
0
8
0

Copy Link: