Henti kecam, fitnah Siti Nur Surya! Dia dah tak ada! - Bapa
Published byBIARPUN kes kematian Siti Nur Surya Ismail, 19, yang penuh tragis membabitkan rakan sekolah sudah berlalu hampir dua minggu lalu, namun ada segelintir orang ramai yang menuduh kejadian itu terjadi berpunca daripada mangsa juga. Mengapa buat pelbagai tuduhan, kecaman dan fitnah ketika mangsa tidak lagi dapat mempertahan dirinya?? : KitaReporters
USTAZ Ebit Lew (kanan) yang turut bersimpati dan melawat keluarga Ismail Muda (dua dari kanan) sambil menziarahi Zaini Muda yang terlantar di katilnya di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu pada 5 November 2020. - Kredit foto: FB Ustaz Ebit Lew
ISMAIL MUDA. - Kredit foto: Bernama
Lagi kisah-kisah berkaitan Siti Nur Surya Ismail:
https://kitareporters.com/search?search=nur+surya
Di sebalik kutukan serta kecaman itu terdapat juga netizen yang menyuruh dan menasihat kepada bapa mangsa, Ismail Muda, 58, serta keluarganya supaya banyak bersabar dengan ujian Allah yang sudah menentukan kematian orang tersayang itu dengan cara sedemikian.
Apa pun kematian sudah pasti akan terjadi kepada sesiapa pun tetapi biarlah kematian seseorang tidak disebabkan pembunuhan yang tidak disangkakan seperti apa yang berlaku ke atas Siti Nur Surya yang melibatkan rakan baiknya sendiri.
ALLAHYARHAM SITI NUR SURYA ISMAIL
Ismail berkata, sehingga kini keluarganya masih bersedih lagi dengan kematian anaknya walaupun mereka reda tetapi masih terdapat orang ramai yang tidak bertanggungjawab menyifatkan pembunuhan itu terjadi berpunca daripada mangsa yang menghina suspek.
Beliau berkata, anaknya serta suspek merupakan kawan baik dan tidak menyangka pula pergaduhan mereka berdua tanpa diketahui punca yang sebenarnya berakhir dengan kematian anaknya yang kelima daripada tujuh adik beradik itu.
Kredit foto: Utusan Malaysia
``Saya tidak kata anak saya baik dan saya juga tidak cakap suspek itu jahat dan susah untuk saya menyatakan sesuatu sebab arwah sudah tiada dan adalah sebaiknya kita serah kes itu kepada polis dan biarlah mahkamah yang menentukan segalanya nanti.
``Minggu lepas, ibu termasuk keluarga suspek datang berjumpa saya meminta maaf dengan saya kerana kejadian itu dan saya memaafkan mereka,’’ katanya kepada media, sambil beliau mengharapkan orang ramai berhenti memberi pelbagai komen yang boleh menambahkan kekeruhan keluarganya yang kini masih berduka lagi.
Kematian Siti Nur Surya yang mengerikan itu bukan sahaja kehilangan buat keluarga Ismail itu malah ia turut dirasai ibu mangsa, Zaini Muda, 54, yang mengidapi penyakit kenser otak tahap 3 kerana sebelum itu mangsa yang sentiasa menjaga ibunya hidup terlantar setiap masa.
SUSPEK disambung reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Mejistret Marang, Terengganu pada 9 November 2020. - Kredit Foto: Berita Harian
Pada 1 November 2020 lalu, Siti Nur Surya ditemui mati dalam keadaan tertiarap serta beberapa tikaman ditubuh di rumahnya Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu oleh adiknya yang baru pulang dari sekolah kira-kira pukul 2.30 petang.
Berikutan dengan kejadian itu, polis telah menahan seorang suspek yang berumur 19 tahun berdasarkan rakaman CCTV di sebuah rumah burung yang terletak tidak jauh dari rumah Siti Nur Surya menunjukan suspek terbabit pergi ke rumah mangsa pada kira-kira pukul 9.30 pagi pada hari kejadian tersebut.
Selepas itu, suspek yang merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Hulu Terengganu ditahan reman selama tujuh hari bermula 3 November 2020 lalu oleh Mahkamah Mejistret Marang dan reman itu disambung lagi seminggu pada 11 November 2020 bagi membantu siasatan polis berkenaan kes tersebut.
MOHD ADLI MAT DAUD
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata sepanjang tahanan reman ke atas pelajar itu pihak polis telah menemui beberapa barang berkaitan kes itu termasuk sebilah pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kes pembunuhan tersebut.
Beliau berkata pisau tersebut dijumpai di tepi jalan lebuh raya Telemong yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumah mangsa. Selain itu, polis juga memanggil kira-kira 20 saksi untuk membantu siasatan kes berkenaan.
SUSPEK berbaju oren dibawa ke Sungai Telemong untuk menunjukan lokasi beg peribadi mangsa yang dipercayai dibuangnya di sungai itu.
TIGA anggota daripada Unit Selam Pasukan Gerakan Polis Marin Wilayah Tiga turun ke Sungai Telemong untuk mencari beg peribadi Siti Nur Surya.
``Kita juga meminta bantuan sembilan anggota daripada Unit Selam Pasukan Gerakan Polis Marin Wilayah Tiga bagi mencari beg peribadi mangsa yang dibuang oleh suspek ke dalam Sungai Telemong selepas kejadian itu berlaku.
``Setakat ini, kertas siasatan kes pembunuhan membabitkan pelajar itu telah siap 90 peratus dan apabila siap sepenuhnya kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,’’ kata Mohd Adli pada Rabu, 11 November 2020.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan. - KitaReporters