Berita Terkini| Separuh lengan kiri terputus! Terjerut tali mesin tarik bot! Tak dapat disambung
Published byMangsa dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
SEORANG pembantu tukang rumah putus separuh lengan kirinya
setelah lengan itu terjerut tali mesin penarik bot dalam kejadian kira-kira 10 pagi, 22
Mei 2021, di Kampung Kuala Abang, Dungun.
Sewaktu kejadian, mangsa, Muhammad Idris Kasim, 27, sedang
membantu nelayan yang baru pulang dari laut menarik bot gentian kaca naik ke
darat di Pengkalan Muda Misai di kampung berkenaan.
Menurut abang mangsa, Mohd. Rezuan Kasim, 32, adiknya sering
ke pangkalan berkenaan untuk membantu para nelayan menarik bot apabila tidak
bekerja atau mempunyai kelapangan waktu.
“Melihat tali mesin penarik bot bergulung adik cuba betulkan,
malangnya tiba-tiba tangan adik pula terjerut pada tali tersebut. Ketika itu mesin
bergerak hingga menyebabkan tangannya terputus.
“Kejadian hanya disedari nelayan berhampiran selepas adik
menjerit meminta tolong matikan enjin mesin berkenaan. Adik dikejarkan ke
Hospital Dungun sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di
Kuala Terengganu.
“Doktor sahkan tangannya tidak dapat disambung. Kami sekeluarga termasuk ibu yang sakit saraf terkejut pada mulanya, tapi reda dengan ujian Allah,” katanya dipetik oleh Utusan Malaysia 23 Mei 2021. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter