Berita Terkini| Gadis berusia 13 tahun lahirkan bayi! Dipercayai dirogol 3 kali sepupu sendiri!
Published byGambar hiasan... Ibu mangsa tidak menyangka anak gadisnya berusia 13 tahun melahirkan bayi
SEORANG gadis berusia 13 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah rumah di Kota Belud, Sabah pada 20 Jun 2021.
Kejadian itu hanya disedari ibu gadis berkenaan kira-kira jam 3 pagi setelah tersedar daripada tidur dan mendapati anaknya sedang membersihkan seorang bayi.
Meski pun terkejut dan tidak menyangka anaknya itu bersalin, wanita tersebut segera membawa gadis dan bayi itu ke Hospital Kota Belud bagi mendapatkan pemeriksaan serta rawatan sepatutnya.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dirogol seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
“Gadis berkenaan dipercayai telah dirogol sepupunya sendiri sebanyak tiga kali sejak Ogos 2020," kata Sahimi.
Remaja
lelaki tersebut kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kota Marudu sehari
selepas mangsa melahirkan bayi untuk siasatan lanjut.
“Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
"Setakat ini, kes disiasar mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan
kerana merogol," katanya yang dipetik laporan Sinar Harian pada 22 Jun 2021. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter