Berita Terkini| Usahawan muda berputih mata ditipu lelaki RM39,000! Mengaku jual kereta mewah

Published by
KitaReporters

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed. - Kredit Foto Sinar Harian.


KEINGINAN usahawan muda dari Kelantan untuk memiliki  kereta mewah serba guna (MPV) jenis Toyota Alphard terkubur selepas menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan oleh seorang lelaki yang hanya dikenali menerusi laman sosial sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM39,000, pada minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, usahawan yang berusia dalam lingkuangan 20-an itu tertarik dengan iklan kereta mewah berkenaan yang dimuat naik oleh seorang lelaki dalam Facebook yang mengaku menjual kenderan terpakai dari Singapura secara ansuran.

“Mangsa yang tertarik untuk membeli kereta mewah keluaran tahun 2018 itu terus menghubungi seorang lelaki yang mengaku penjual kereta itu melalui aplikasi WhatsApp.

“Lelaki itu telah meminta agar mangsa membuat bayaran sebanyak RM17,000 bagi tujuan insurans, cukai jalan dan urusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan,” katanya yang dipetik oleh Kosmo! di Kota Bharu, pada 7 April 2021.

Ahmad Azizul berkata, wanita berkenaan yang terlalu teruja untuk memandu kereta berkenaan tidak berfikir panjang sebaliknya terus membuat beberapa transaksi bayaran ke satu akaun bank tempatan yang kononnya milik pekerja kepada suspek pada 1 April 2021 lalu.

Namun keesokan harinya, Ahmad Azizul menambah, seorang wanita yang mengaku pekerja kepada suspek telah menghubungi mangsa itu lagi dan meminta bayaran sebanyak RM7,000 ke akaun bank sama bagi tujuan pendaftaran dan kos penghantaran kenderaan tersebut,” katanya.

Malah, hari yang sama, wanita itu sekali lagi diminta oleh suspek untuk membuat bayaran deposit sebanyak RM15,000 ke satu akaun bank lain. - KitaReporters


Gambar hiasan.

1
2
1
0
0

Copy Link: