Video| Tiada lagi gurauan Mamu Ayob! Pemilik gerai pasembor Gurney Drive! Gelagat mencuit hati!

Published by
KitaReporters


SEKIRANYA bercuti di Pulau Pinang, pasti ada yang singgah makan pasembor di Gurney Drive untuk menikmati makanan ini yang agak sukar untuk didapati di Kuala Lumpur.

Ramai pelanggan yang menikmati pasembor di tempat yang dikenali sebagai Gurney Food ini akan pergi ke sebuah kedai ini untuk melihat gelagat Mamu Ayob yang mempunyai gaya tersendiri untuk menarik ramai orang.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan makanan



"Rojak, Rojak. Rojak," di Anjung Gurney Drive.

Namun kini semua itu sudah berakhir apabila pemilik kedai berkenaan yang dikenali Mamu Ayob sudah pulang ke rahmatullah.

Gelagatnya ketika melayan pelanggan ke gerai pasti mencuit hati. Ada sahaja lawaknya membuatkan pelanggan untuk kembali ke gerainya.



Kini semua itu hanya tinggal kenangan untuk melihat gelagat Mamu Ayob menyediakan pasembor. Gerai berkenaan mungkin akan diwarisi keluarganya selepas ketiadaannya.

Pastinya pelanggan setia akan merindui gelagat mamu Ayob yang menghidangkan pasembor istimewa dengan tawaran harga yang berpatutan.

Kini beliau sudah tiada lagi, salam takziah diucapkan kepada keluarga tercinta. - KitaReporters


12
10
0
14
0

Copy Link: