PELBAGAI cara dan inisiatif dilakukan dalam usaha membantu golongan terjejas punca pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 dalam usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19 yang melanda negara ini. : KitaReporters


Ng Sze Han (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan pek makanan berbuka puasa kepada salah seorang penduduk di salah sebuah taman perumahan di Kinrara, Selangor - Kredit foto: FB ADN Kinrara. 


Malahan inisiatif tersebut selain meringankan beban hidup harian golongan B40, warga emas, OKU dan yang bekerja sendiri juga menjadi punca pendapatan bagi mereka yang terjejas kerana tidak dibenarkan berniaga.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Kawasan Kinrara yang juga Exco Kerajaan Negeri, Ng Sze Han dalam konteks ini mengambil langkah positif membantu sebahagian peniaga khususnya peniaga kecil dengan  menempah makanan bagi tujuan agihan kepada golongan yang memerlukan.

Melalui usaha yang dijalankan secara tidak langsung membantu memberi pendapatan tambahan kepada para peniaga terjejas pendapatan atau merosot hasil perniagaan kerana arahan tidak dibenarkan berniaga sebaliknya terpaksa duduk di rumah semasa PKP.

Salah seorang penerima Program Jom Makan menerima sumbangan pek berbuka puasa daripada Exco Kerajaan Selangor, Ng Sze Han di Kinrara, Selangor. - kredit foto Selangorkini. 


Usaha tersebut yang dikenali sebagai Program Jom Makan di mana Sze Han membuat tempahan sejumlah 300 paket makanan daripada beberapa peniaga kecil setiap hari dan diagihkan kepada orang ramai yang memerlukan terutama bagi mereka yang hendak berbuka puasa.

Pengagihannya yang berjalan berterusan setiap hari selama sebelas hari bermula pada Selasa, 12 Mei 2020 sehingga Jumaat, 22 Mei 2020 melibatkan individu dan zon berlainan dalam kawasan DUN Kinrara.

Menurut media sosial Sze Han, program yang disifatkan serampang dua mata ini antara lain untuk membantu meringankan mereka yang kesempitan hidup, di samping menyokong golongan peniaga memperolehi pendapatan tambahan pada Ramadan tahun ini.

Ng Sze Han (dua dari kanan) membantu peniaga mengoreng ikan segar untuk Program Jom Makan bagi mereka yang memerlukan di sebuah premis perniagaan di Kinrara, Selangor. - Kredit foto: FB ADN Kinrara.


Sze Han, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, sepanjang tempoh PKP ini membantu menyampaikan sumbangan bantuan barangan keperluan asas sama ada daripada pihak kerajaan, syarikat swasta, golongan korporat, badan-badan NGO dan orang perseorangan yang terbeban kurang bahan makanan disebabkan tidak dapat bekerja atau berniaga.

Malahan team sokongan beliau dengan kerjasama Ahli-Ahli Majlis, Majlis Permuakatan Ketua Ketua Kampung dan badan NGO turut bersama turun ke kawasan dan taman perumahan untuk menemui keluarga atau individu yang memerlukan bantuan.

Antara sumbangan bantuan yang diagihkan termasuklah daripada kerajaan negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya, NADMA dan pelbagai lagi.

Dr Siti Mariah Mahmud (kiri sekali) semasa mengagihkan bantuan keperluan barangan asas kepada kalangan mereka yang memerlukan di sebuah taman perumahan di Puchong, Selangor. - Kredit foto: FB EXCO Kerajaan Selangor.


Sementara itu, ADUN Seri Serdang yang juga EXCO Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud setiap hujung minggu dan hari-hari tertentu menemui penduduk sekitar DUN berkenaan bagi menyampaikan sumbangan bantuan keperluan kepada golongan yang memerlukan.

Selain barangan asas keperluan dapur, beliau juga mengagihkan makanan kering, susu bayi, lampin pakai buang, kurma, penutup mulut, ikan segar, ayam dan pelbagai.

Exco Portfolio Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga ini dengan dibantu oleh team sokongan dari Pusat Khidmat Masyarakat DUN, Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan para pegawai pejabat DUN bersama Ahli-Ahli Majlis, Majlis Permuakatan Ketua Ketua Kampung, AJK Persatuan Penduduk Taman Taman Perumahan, AJK Surau dan Masjid bersama mengaihkan bantuan barangan keperluan di zon Puchong, Seri Serdang, Bandar Putra Permai dan sekitarnya.

Seorang penerima bantuan barangan keperluan asas menerima agihan daripada Dr Mariah Mahmud di salah satu zon di DUN Seri Serdang, Selangor, - Kredit foto: PKM DUN Seri Serdang.


Di samping menyampaikan bantuan, beliau juga turut meninjau dan menyantuni kalangan mereka kesempitan hidup,individu yang menghidap pelbagai masalah penyakit kronik, warga emas dan OKU bagi mengetahui  penyertaan mereka pada  Skim Peduli Sihat Selangor ( KISS) bagi kemudahan rawatan dan menasihatkan mendaftar segera jika belum berbuat demikian.

Malahan pada pertemuan-pertamuan dengan penduduk yang terlibat, Dr Siti Mariah menasihatkan supaya memberi kerjasama mematuhi arahan PKP dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengatasi masalah COVID-19 supaya dapat dibendung daripada terus merebak.

Menjelang hari raya yang bakal disambut pada 24 Mei 2020, beberapa penduduk kurang berkemampuan yang terpilih dari kedua-dua DUN berkenaan akan dan telah menerima baucer Jom Shopping bernilai RM100 seorang untuk belian barangan keperluan di pusat membeli belah Giant dan Tesco. - KitaReporters  

Salah seorang penduduk yang terjejas menerima bantuan barangan keperluan asas termasuk minyak masak daripada Penyelaras Pusat Kidmat Masyarakat DUN Seri Serdang, Sazana Isa. - Kredit foto: FB Sazana Zanna. 


Dr Siti Mariah Mahmud (empat dari kanan) menyerahkan sumbangan bantuan barang keperluan asas kepada penerima di salah satu zon di DUN Seri Serdang,Selangor. - Kredit foto: FB Sazana Zanna.

1
0
0
0
0

Copy Link: