Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Siti Nurhaliza ke 9 Jun 2020 kerana mendapati masih ada ramai lagi penyumbang yang mahu menderma kepada tabung berkenaan. Dana PKP Siti Nurhaliza itu sepatutnya ditutup pada pukul 9 pagi Jumaat, 15 Mei 2020. : KitaReporters 



Menurut Siti Nurhaliza, "saya terpanggil melanjutkan dana ini kerana saya sendiri dapat menyaksikan bagaimana para penyumbang masih menderma dan saya kira ini sudah menjadi rutin harian.

"Saya juga sedikit hiba apabila melihat dana ini akan berakhir pada hari esok (15 Mei 2020) kerana saya mahu dana ini menjadi ruang kita beramal pada bulan Ramadan ini (dan pada 10 malam terakhir) ini sehinggalah berakhir 9 Jun 2020."Jika PKPB dilanjutkan, dana ini juga akan diteruskan dan saya tidak meletakkan tarikh-tarikh tertentu lagi. 

"Jika diteruskan sampai bila-bila juga, saya turut berbesar hati untuk kita sama-sama memanfaatkan kerja amal ini." 

Siti menerima  sijil penghargaan dari Hospital Serdang.

Sementara itu pada Rabu, 13 Mei 2020, Siti Nurhaliza telah menyerahkan sejumlah lagi peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Hospital Serdang dan Hospital Kuala Lumpur. 

Sebelum ini pada 7 Mei 2020, Siti Nurhaliza juga menyerahkan 2,000 pek PPE kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Menterinya, Datuk Dr Adham Baba.

Kesemua sumbangan adalah dari Dana PKP Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa.

Siti Nurhaliza menyerahkan sejumlah PPE kepada Hospital Kuala Lumpur.

@ctdk : Alhamdulillah. Terima kasih semua.😍😍


Dalam entrinya terdahulu, Siti Nurhaliza memberitahu bahawa dananya masih memerlukan kurang RM50,000 lagi untuk mencapai sasaran RM300,000 pada Jumaai, 15 Mei 2020.


Sehingga Rabu, 13 Mei 2020, Dana PKP Siti Nurhaliza berjaya mencapai kutipan RM253,500 seperti dicatat dalam entri Instagram @ctdk.

“Sejak lepas Maghrib tadi sehingga ke waktu sekarang ini, saya dapat melihat ramai yang membuat sumbangan berselang minit. Terharu rasanya..

“Walaupun anda tidak menyatakan nama, sekadar anonymous tetapi keprihatinan dan sumbangan kalian sangat kami hargai..

“Berkat 10 malam terakhir Ramadan (malam ganjil pula), sekecil apa pun yang kita lakukan tetapi mendatangkan kebaikan, insya-Allah dijanjikan ganjaran berlipat ganda.” kata Siti Nurhaliza dalam entrinya itu. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: