Lama baru bukan isu! Sokong amalan mulia buka puasa bersama!
Published byKETIKA umat Islam sedang enak berbuka puasa bersama keluarga tersayang dengan pelbagai hidangan yang enak dan menyelerakan ada insan yang tidak berpeluang untuk berbuat demikian kerana tuntutan kerja. Bagi mereka, amanah dan tanggungjawab perlu diutamakan. Istilah tidak sempat berbuka sudah sinonim dengan mereka tidak terkecuali pekerja perkhidmatan penghantaran (curier service). : KitaReporters
Sekeping gambar membawa seribu makna.
Perkhidmatan Penghantaran antara sektor perkhidmatan yang paling penting ketika ini.
Lambakan barangan di setiap syarikat penghantaran menyebabkan beban tugas pekerja bertambah berkali ganda.
Mereka terpaksa membuat kerja lebih masa demi memastikan barangan selamat sampai tepat pada waktunya. Bagaimanapun dengan situasi negara yang berdepan dengan wabak pandemik COVID-19 ditambah pula dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), memerlukan petugas penghantaran bekerja lebih masa.
Bulan Ramadan sangat mencabar untuk mereka.
Ada ketikanya mereka tidak sempat menjamah juadah walaupun waktu berbuka sudah tiba. Barang perlu dihantar walau sudah melepasi waktu.
Sabarlah duhai pembeli. Mereka bukan robot yang tiada perasaan penat, lapar dan dahaga.
Justeru, pembeli barangan dalam talian (online) perlu tingkatkan tahap kesabaran ye. Bulan puasa ni bulan yang juga menguji kesabaran dan iman kita.
Tular dalam media sosial sejak Isnin, 11 Mei 2020 perkongsian daripada pemilik akaun Facebook bernama Amr Razzaq berkenaan sekeping gambar yang menunjukkan dua orang pekerja Pos Malaysia (Poslaju) sedang menikmati juadah berbuka puasa di rumah seorang pelanggan perkhidmatan penghantaran itu.
Perkongsian itu mendapat lebih 10,000 tanda suka, lebih 1,800 komen dan dikongsi oleh 1,300 warganet.
Berdasarkan catatan beliau, kedua-dua pekerja itu difahamkan sedang bertugas lebih masa dan secara kebetulan dijemput oleh tuan rumah kerana sudahpun masuk waktu berbuka.
Tengah2 berbuka..tiba2..ping!!ping!!..
"eh,dah berbuka dah ni..nape awk masih hantar barang..."
"Kami buat OT..barang banyak sangat..x boleh nak tangguh dah...nnt overload..makin sakit kepala.."
"Allah...Jemput masuk dulu berbuka..."
Tuan-tuan...mereka juga manusia...setakat parcel lambat sikit tu,call x angkat tu,setle tepi je lah ye..x kisah la pos laju ke..jnt ke..
Catatan itu jelas memaparkan realiti sebenar kehidupan bahawa tidak semua orang bernasib baik untuk berbuka puasa bersama keluarga tercinta.
Sebak pulak rasa hati bila melihat kebaikan tuan rumah dan keikhlasan petugas bekerja lebih masa.
Faridah Ghazali memberikan komen: "Bagus tuan rumah.besar pahala"
Hjh Maimunah pula berkata: "Semoga rezeki tuan rumah nie bertambah luas..."
Warganet juga memberi komen positif kepada si penghantar dan meminta mereka berhati-hati ketika menjalankan tugas.
Juliana Badri memberi komen berbentuk kata-kata nasihat: "Moga dipermudahkan tugasan. Bawa motor berhati2. Lambat sikit tak apa asalkan selamat".
Arjoh Azizah menulis: "Kesian nya mereka2 ni,demi mencari rezeki sanggup tempuhi segala rintangan".
Walaupun begitu ada kalangan netizen tidak berpuas hati dengan status yang dimuat naik Amr Razzaq kerana menganggapnya sudah basi dan kisah lama.
Shukur Ab Rahim memberi komen: "Cerita dh lapok bertaun taun2... #dahagakan Like tu".
A Ridzuan Ibnu Osman menulis: "ini tahun lepas punya gambaq ka??ada orang tanya".
Gambar lama atau baharu bukan persoalan!!
Yang penting, amalan itu sangat mulia jika ianya dapat diteruskan oleh sesiapa yang prihatin.
Isunya, abang-abang posmen ni hantar barang walaupun dah sudah masuk waktu berbuka puasa. Tuan rumah pulak murah hati menjemput mereka makan bersama.
Kalau ramai rakyat Malaysia macam ni kan bagus. Saling membantu antara satu sama lain. : KitaReporters