Video| Pemuda cuci tandas keliling kampung! Usaha galakkan golongan muda untuk berbakti kepada masjid!
Published byBukan sesuatu yang mengejutkan terdapat sejumlah tandas dan tempat mengambil wuduk di masjid yang tidak langsung mencapai tahap yang memuaskan walaupun aspek kebersihan dituntut oleh agama.
Tidak ramai yang sedia melakukan kerja pembersihan secara sukarela bagi memastikan kebersihan pada tahap memuaskan. Ramai yang lebih mengharapkan kerja pembersihan dilaku oleh pekerja berbayar.
Cecep berharap kerja amal yang dilakukan menjadi inpirasi golongan muda untuk berbakti kepada masjid
Cecep yang merupakan peniaga makanan ringan iaitu tahu ngenjot memperuntukan sebahagian keuntungan jualan untuk membeli keperluan mencuci seperti peralatan mencuci dan sabun.
Kerja amal itu dilakukan sejak berusia 14 tahun iaitu sejak 2012 dan sehingga kini sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak.
Cecep mempunyai alasan untuk berbakti kepada masjid. Ketika mencari pekerjaan di Jakarta, Cecep mempunyai masalah untuk menyewa kerana kekurangan wang. Lalu dia menjadikan beberapa masjid di Jakarta sebagai tempat berehat dan tidur.
Dan ketika itu, Cecep sering melakukan kerja pembersihan di masjid yang dihuninya sebagai membalas kemudahan berehat dan tidur secara percuma.
Justeru Cecep selain membeli beberapa perkakas pembersihan, selepas berniaga sanggup pergi ke sesebuah masjid di kampungnya untuk melakukan kerja pembersihan di tandas dan tempat mengambil wuduk.
Kerja amal dia membersihkan tandas dan tempat mengambil wuduk kini tular setelah Cecep memuat naik kegiatannya dalam Instagram @cleanermasjid.
Menurut Cecep dia memuat naik kegiatannya dalam masjid bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya untuk menarik minat golongan muda melakukan kerja mulia, bukan dengan meminta upah.
Hantaran yang dimuat dalam Instagram @cleanermasjid kemudian tular dan menjadi bahan berita beberapa media cetak dan elektronik.
Dan rezeki dimiliki Cecep, apabila seorang pengikut menawar pemuda ini untuk menunai umrah sebagai menghargai kerja amal yang dilakukannya.