Isu haiwan jalanan seperti anjing dan kucing seringkali mengundang perdebatan antara masyarakat. Isu ini kelihatan seperti tiada penghujungnya selagi tiada kaedah terbaik untuk mengatasinya. 

Bagi pencinta haiwan, menangkap dan melupuskan haiwan-haiwan jalanan tersebut bukan kaedah terbaik malah dianggap zalim.

Manakala sesetengah masyarakat pula menganggap kaedah tersebut adalah jalan terbaik apatah lagi kalau melibatkan anjing yang berpenyakit dan suka menyerang manusia. 

Justeru, kedua-dua pendapat ini terus diperdebat. Manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terus tersepit antara pencinta haiwan dan masyarakat setempat.



Pencinta haiwan bukan sahaja terdiri daripada orang biasa malah juga golongan artis. Antara artis yang lantang menyuarakan bantahan dan pendapat ialah pelakon dan penyanyi era 80-an, Raja Ema. Pelantun lagu Jejaka Idaman ini kerap berkongsi dalam media sosial mengenai hak-hak haiwan jalanan.

Pada 25 Julai 2024 lalu, Raja Ema berkongsi satu video menunjukkan sebuah lori berwarna biru milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Dalam video kedengaran bunyi lolongan anjing dalam lori tersebut yang dipercayai telah ditangkap dan dibawa ke satu tempat.



"Zalim sungguh manusia. Bilalah mereka ni nak berhenti aniaya anjing dan kucing-kucing. Apa salah anjing-anjing itu? Kalau nak hukum, hukum tuan mereka yang buang mereka di jalanan. Bukan tambah lagi aniaya mereka," tulisnya geram.

Namun, perkongsian Raja Ema itu disanggah oleh kebanyakan netizen. Hanya segelintir sahaj yang bersetuju. Menurut netizen langkah PBT menangkap anjing-anjing liar itu berpatutan kerana ia langkah terbaik membendung kejadian tidak diingini.

Malah, ada segelintir membidas kenyataan Raja Ema dan menganggap pelakon itu pastinya tiada pengalaman dikejar dan digigit anjing-anjing liar atau jalanan. Jadi, tidak hairanlah kalau dia mengeluarkan kenyataan tersebut.



"Belum kena belum tahu. Sudah kena baru tahu. Ramai dah kena kejar dengan anjing jalanan ini. Tak salahpun nak hapuskan. Dengan niat nak kurangkan penyakit-penyakit daripada anjing gila," tulis salah seorang netizen.

Sementara itu ada juga netizen yang bercerita pengalaman mereka sendiri dikejar dan digigit anjing jalanan.



"Saya ni dah dikejar, diterkam dan digigit tahulah macam mana traumanya. Walaupun anjing ini bertuan, selagi tak kena, tak tahu. Kasihan semua orang ada perasaan kasihan," cerita netizen tersebut.

Begitu juga dengan seorang lagi netizen yang bercerita mengenai pengalaman di mana anjing jalanan telah menyerang anak kecilnya.


10
9
0
21
0

Copy Link: