Video| Pembaris betul! Baju kebaya ada butang play! Tukang jahit buat baju ikut screenshot pelanggan!

Published by
KitaReporters


Satu video tular dalam media sosial yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok dari Indonesia bernama realchiziii berkenaan seorang tukang jahit yang boleh dianggap ‘pembaris’ (lurus bendul). 

Apa tidaknya, baju kebaya yang dihasilkan untuk pelanggan betul-betul mengikut gambar tangkap layar (screenshot) yang diberikan kepadanya sebagai contoh. Sedikitpun tiada kekurangan daripada gambar contoh.


Gambar tangkap layar sebagai rujukan kepada tukang jahit.


Oleh kerana tangkap layar itu diambil daripada video, justeru gambarnya termasuk sekali butang ‘play’ yang disangkakan oleh tukang jahit adalah sebahagian daripada rekaan (design) yang diminta oleh pelanggan. 

Tak pasti sama ada tukang jahit itu terlebih profesional atau amatur.

Setelah baju siap dan sampai ke tangan pemilik, alangkah terkejutnya pelanggan itu apabila melihat kebayanya ada tambahan aksesori atau design. Kalau dilihat, kebaya tersebut memang benar-benar sama seperti dalam gambar contoh berserta sekali corak butang play.



“Mba Taylor, kawan saya menempah baju dan mengambil contoh gambar baju daripada TikTok untuk diberikan kepada tukang jahit. Malah butang play juga turut dijahit,” tulis kapsyen tersebut.

Hal itu mengundang gelak tawa dalam kalangan netizen. Malah, video berkenaan menerima sebanyak lebih 6.1 juta tontonan. Pelbagai komen dan pandangan dilontarkan.

“Penjahitnya sangat amanah,” tulis salah seorang netizen.



Manakala ada juga yang menasihati orang ramai agar mencari tukang jahit yang benar-benar profesional agar tidak terjadi seperti itu.

“Pentingnya mencari penjahit yang benar-benar daripada jurusan tatabusana,” katanya. - KitaReporters


14
11
0
14
0

Copy Link: