Video| Kes poliandri? Pengantin wanita dua suami? Majlis perkahwinan di Madura jadi gempar dan tular!
Published bySatu perkahwinan yang berlangsung di Madura, Jawa Timur menggemparkan apabila pengantin perempuan diapit oleh dua lelaki berpakaian sama.
Ini menyebabkan hadirin menganggap pengantin wanita adalah seorang poliandri alias mempunyai dua suami.
Majlis berlangsung di Tagangser Laok, Kecamatan Waru, Kabupaten Pamekasan, Madura, Jawa Timur pada 20 Januari 2024. Majlis perkahwinan ini tular kerana ada dua pengantin lelaki dan satu pengantin wanita di pelaminan.
Ketiga-tiga memakai busana pengantin adat Sunda lengkap dengan aksesorinya. Para netizen pun heboh menganggap pengantin wanita poliandri alias memiliki dua suami.
Video yang dimuat dalam TikTok oleh @mua_rahmawati telah ditonton lebih 7.3 juta kali. Ia dirakam oleh Rahmawati yang juga sebagai salah seorang jurusolek atau mak andam bagi pengantin.
Rahmawati memberitahu media Wolipop, lelaki yang lebih tua itu adalah bapa saudara kepada pengantin lelaki.
Setelah perkara sebenar diumumkan oleh pengacara majlis baharulah para hadirin bertepuk tangan dan puas hati menyaksikan majis persandingan sedemikian.
Sebenarnya isteri bapa saudara turut hadir dengan memakai pakaian yang sama dengan pengantin wanita.
Namun dia terlambat berhias menyebabkan hanya suaminya muncul di pelaminan berseorangan. Akibatnya ia menjadi tular dengan anggapan ramai berlaku perkahwinan seorang wanita dengan dua suami.