Azinan Hamid menunjukkan keadaan rumahnya yang menunggu masa untuk runtuh ke dalam Sungai Rambong di Kampung Padang Cicar, Batu 7 Jalan Baling di Pengkalan Hulu.


"BANTULAH kami, tolonglah... Rumah kami kini semakin hampir runtuh ke dalam Sungai Rambong." Begitulah rayuan daripada satu keluarga sembilan beranak di Kampung Padang Cicar, Batu 7 Jalan Baling di Pengkalan Hulu, Kedah.

Ketua keluarga, Azinan Hamid, 67, ketika dikunjungi portal KitaReporters berkata, kedudukan bahagian dapur bilik mandi dan tandas rumahnya semakin dekat dengan tebing sungai yang runtuh.

 Azinan Hamid


Menurut Azinan, kejadian tebing sungai runtuh mula berlaku sejak tahun 2014 lagi, namun kini semakin dekat dengan bahagian dapur rumah mereka. Jelasnya lagi, rumah itu dibina di atas tanah miliknya.
Berbagai-bagai ikhtiar dilakukan bagi menyelamat keadaan tebing sungai itu supaya tidak runtuh, namun gagal hingga kini.
Apabila Sungai Rambong dipenuhi air banjir, mereka sekeluarga sentiasa dalam kecemasaan terutama waktu malam, katanya.
Katanya lagi, berbagai-bagai usaha dibuat termasuk pernah mengadu di pejabat penghulu mukim, namun tiada apa-apa tindakan diambil sehingga kini.
Azinan juga pernah mengadu masalah itu di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bayu, namun tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan.

Bahagian dapur rumah Azinan Hamid semakin terancam selepas tebing sungai kian terhakis.


Katanya lagi, keadaan tebing yang runtuh di kawasan belakang rumahnya semakin membimbangkan sejak beberapa hari ini.
Beliau merayu Pejabat Ahli Parlimen Kawasan Baling datang melihat keadaan terkini kerana semua pihak yang telah ditemui gagal membantunya.
Azinan kini merasa kecewa dengan pihak-pihak yang dirayunya namun gagal membantunya.
"Adakah semua pihak ingin melihat saya sekeluarga menjadi korban banjir bila berlaku runtuhan tebing sekali gus runtuh ke atas kami terutama pada waktu malam?" tegas beliau. - KitaReporters

10
18
0
13
0

Copy Link: