Minggu terakhir Ramadan. Puasa juga semakin hampir ke penghujung. Ramai yang sudah membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.  Malah sejak awal tahun ada yang telah membeli-belah baju raya. 

Namun masih ada yang baru membeli pakaian untuk anak anak. Apapun Aidilfitri mesti dirai. Terutama untuk menggembirakan hati anak anak dan ibu bapa yang sudah tua. 
Lalu teringat saya akan persiapan dulu dulu. Ketika usia masih kecil dan remaja. Hari raya tidak seindah masa kini. Semua mudah hanya di hujung jari. 
Yang penting ada duit. Semua akan jadi. Semua boleh dibeli. Boleh ikut hati. Asal gembira di hati. 
Dahulu bagi yang mempunyai ramai anak, sambutan agak terhad. Ibu bapa kena fikir banyak kali untuk membeli belah baju raya untuk anak anak. 
Bagi yang bekerja kerajaan  mudah saja. Persiapan boleh dibuat lebih awal. Tapi bagi yang di kampung dan bekerja sendiri, hanya berharap wang simpanan dan yang dikumpul beberapa bulan sebelum Ramadan dan hari raya untuk membeli belah. 

Kredit foto: Mingguan Wanita


Teringat juga saya ibu bapa dulu tidak membawa anak-anak ke kedai untuk membeli pakaian raya berbanding sekarang. Dulu apa yang ibu bapa beli itulah yang dipakai. Dan anak-anak pula tidak sekali membantah kerana  mereka suka.
Sekarang zaman sudah berubah. Satu keluarga boleh berpesta membeli-belah di mall tanpa halangan. 
Dulu ibu bapa mengukur kaki anak anak untuk membeli kasut dengan tali. Saiz hanya bergantung kepada panjang tali yang diukur tadi. Tapi tepat pula saiznya untuk anak-anak. 
Walau tak berpeluang memilih sendiri anak anak tetap gembira. Berkali-kali dicuba. Dipeluk kotak kasut. Nak tidur  malam simpan di bawah katil. Lucu jadinya tapi itulah kegembiraan bagi mereka. 
Pakaian anak  lelaki pula semestinya sedondon. Sama warna dan sama pattern. Ukuran juga guna tali. Diukur bahu, pinggang, labuh seluar dan panjang tangan. Bila dicuba ngam-ngam kemas dan cantik
Bagi yang perempuan pula biasanya si ibu jahit sendiri. Tentunya beli sekayu kain jika anak perempuan ramai. Bila dipakai pada pagi hari raya cantik sedondon macam kumpulan nasyid dan marhaban seragam.
Nostalgia sungguh bila teringat. Jika ibu bapa ada duit lebih dapatlah merasa pakai skirt dan blouse moden. 
Tak cukup dengan itu, rambut pula berhias dengan pelbagai jenis aksesori yang comel dan kreatif. Sepit rambut , cekak dan reben jadi kegemaran. Maklumlah harganya murah. Cantik dan tahan lama. Seronoknya dapat bergaya pada pagi raya.

Baju raya sedondon, macam kumpulan nasyid. - Kredit foto: Mingguan Wanita


Berbanding sekarang semuanya mewah. Shopping di mall. Harganya melambung dan anak-anak bebas memilih apa yang mereka mahu. Pun begitu kehendak anak-anak tetap diikut asal mereka gembira. 

Setahun sekali katanya. Ibu bapa sanggup berhabis untuk anak-anak. 

Apapun dulu hanya tinggal nostalgia. Sekarang masa hadapan. Masyarakat Juga telah semakin terbuka. Semoga persiapan kita mengikut keperluan dan kemampuan, bukan nsfsu dan kemahuan. 
Hari Raya aidilfitri tetap datang. Sambutannya juga perlu. Membeli setakat mampu. Bersederhana dalam menyambutnya. Semoga kita tidak termasuk dalam  golongan mereka yang membazir. - KitaReporters

Dulu-dulu, kad raya pengganti diri. 

15
9
0
9
0

Copy Link: