Video| Keindahan Keluarga Malaysia! Kisah uncle yang baik hati! Penjual kacang bantu peniaga begedil!
Published byKEBAIKAN yang ditujukkan oleh seorang peniaga menjual kacang berbangsa India menolong peniaga Melayu yang menjalankan perniagaan begedil telah menjentik hati pengguna dalam media sosial sehingga menjadi tular.
Menerusi hantaran video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @taugedel, kelihatan peniaga begedil itu tidak dapat serta kesukaran untuk menyalakan api tapi pantas dibantu oleh peniaga di sebelah gerainya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan insan-insan baik hati
"Sebelah gerai kami ini ada uncle jual kacang. Dia ni baik sangat. Kalau kita tengah pasang khemah tu, cepat-cepat dia tolong. Nak dijadikan cerita hari ni, nak hidupkan api tak lepas-lepas pulak. Try lagi tak boleh, lighter problem pula.
“Uncle perhati sahaja kalau saya nak buka dari tadi tidak boleh. Dia terus datang, tidak panggil pun. Dia cuba, saya pun cuba balik. Masih tidak hidup. Dia siap dengan bunyi ada ke tidak Dia cuba lagi nak tolong saya Dia tanya saya ada lighter lain tidak?
“Uncle terus datang bawa lighter dia. Siap pasangkan api saya. Dia tunggu je sampai nyala. Dah nyala baru dia pergi. Korang tengok betapa baiknya lah uncle ni,” kongsinya dalam laman aplikasi TikTok.
Rata-rata pengguna media sosial berasa sebak dengan semangat perpaduan dan kebaikan yang ditonjolkan oleh peniaga kacang itu yang menolong tanpa mengenal bangsa, agama dan warna kulit.
“Seronok apabila peniaga tidak mempunyai hasad dengki. Percaya pada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah,” ujar @guyzahid.
“Saya tidak tahu mengapa, tetapi kadang-kadang hal kecil selerti ini yang membuatkan saya mengalir air mata, terima kasih orang baik,” kata @Eicak93.
“Kita semua sayang orang Malaysia,” tulis @ZACK. - KitaReporters