Budha (kanan) tidak menyangka menerima wasiat daripada majikannya. - Kredit foto: India Times.

Hidup miskin tapi berhati mulia akan mendapat imbalan tidak diduga. Itulah yang dialami seorang penarik beca

Atas kesetiaannya berkhidmat dengan satu keluarga kaya selama 25 tahun, lelaki bernama Budha Samal, 53, mendapat wasiat bernilai 1 crore rupee atau kira-kira RM600 ribu.

Wasiat itu diberi oleh seorang wanita kaya bernama Minati Patnaik, 63, yang menyerahkan rumah tiga tingkat di kawasan Sutahat, barangan kemas serta aset lain yang kesemuanya dianggar bernilai 1 crore rupee.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penarik beca

Minati (kiri) menyerahkan surat wasiat kepada Budha. - Kredit foto: India Times



Minati yang tinggal di bandar Cuttack, negeri Odisha, India menyerahkan harta itu kerana dia sudah tinggal sebatang kara setelah suaminya seorang hartawan bernama Krishna Kumar Patnaik meninggal pada 2020 dan anak perempuan tunggalnya, Komal Kumara meninggal tahun enam bulan kemudian akibat kemalangan.

Kematian berturutan dua insan tersayang membuat hidup Minati kesepian dan tiada anggota keluarga membantunya menghilangkan kesedihan.

Namun mujur Budha sekeluarga dengan rela hati menguruskan kehidupan majikannya itu.

Kerana terhutang budi dengan kebaikan Budha, isteri dan tiga anaknya, Minati sedia menyerahkan wasiat itu kepada mereka.

Ini kerana baginya harta tidak boleh dibawa mati dan usianya semakin meningkat. Baginya lebih baik hartanya diberi kepada orang yang layak kerana dirinya tidak mempunyai pewaris.


Minati menyampaikan surat wasiat kepada Budha sambil diperhati oleh ahli keluarga Budha. - Kredit foto: India Times

Bagi Budha dia tidak menyangka mendapat wasiat bernilai 1 crore rupee iaitu jumlah yang besar bagi golongan bawahan di India.

“Saya sentiasa berusaha untuk memastikan keluarga saya sentiasa menjaga Minati selepas kematian suaminya. Kami akan terus menjaganya selagi dia masih bernyawa,” kata Budha kepada India Times.

Ketika bertugas dengan keluarga Minati, dia hanya membawa anggota keluarganya berjalan-jalan kerana mereka suka menaiki beca walaupun hidup mewah.

Dia turut menghantar Komal ke sekolah dan mengambil semula sebagai kerja rutinnya. Budha sekeluarga tinggal di rumah besar  Minati dan berjanji akan menjaga majikannya hingga ke akhir hayat.  - KitaReporters


Budha Samal (tengah) bersama Minati Patnaik (kiri) dan isteri Budha (kanan). - Kredit foto: KalingaTV.com


5
11
0
15
1

Copy Link: