TERBAIKLAH! PETANI BERI PERCUMA SAYUR, BUAH
Published byGOLONGAN petani antara yang terkesan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, apabila hasil pertanian sayur-sayuran tidak dapat dipasarkan sehingga berlaku lambakan. Akibatnya ramai petani terpaksa menanggung kerugian beribu-ribu ringgit sehari apabila hasil pertanian kurang mendapat permintaan daripada pemborong, peniaga dan pembeli. : KitaReporters
Oleh sebab itu, ada petani kini mengambil inisiatif untuk bersedekah hasil pertanian mereka kepada penduduk setempat agar ia tidak rosak dan dibuang begitu sahaja.
Tindakan ini juga diambil untuk meringankan beban kehidupan sebahagian penduduk, khususnya mereka yang amat terkesan dengan pelaksanaan PKP ini.
Menurut Harian Metro, di Gua Musang, Kelantan petani di sana bermurah hati bersedekah 100 kilogram lada solok kepada warga Felda Aring 1.
Ternyata tindakan pemberian percuma ini bukan hanya dilakukan oleh petani di Kelantan, tetapi petani-petani lain yang dikongsikan dalam Facebook.
Dalam Facebook Bosku Urang Kita Sabah, mereka telah berkongsikan beberapa foto penduduk kampung di Sabah yang memberikan sayur secara percuma kepada penduduk sekitar di dalam plastik dan digantungkan di pagar.
Pemilik sayur ini juga menggantungkan sebuah nota kepada orang yang ingin mengambil sayur secara percuma ini dengan pesanan:
"Soko percuma (free).., Sila ambil satu ikat plastik sahaja untuk satu rumah."
Bukan itu sahaja, melalui Facebook Cempedak Cheese terdapat beberapa keping foto yang memaparkan para petani memberikan buah nanas dan juga pisang secara percuma.
Jelas kelihatan banyak pisang di atas sebuah lori yang tidak dapat dipasarkan, maka diberikan secara percuma kepada orang ramai.
Rata-rata netizen yang melihat foto ini dan memberi idea agar hasil pertanian mereka sepatutnya boleh dipasarkan secara dalam talian.
Semoga semua petani bertabah dan didoakan antara yang bakal mendapat manfaat sebanyak mungkin dalam bantuan Prihatin Nasional atau Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat Prihatin (Prihatin) yang diumum oleh Perdana Menteri. - KitaReporters