Bapa saudara dia Superman! Rakan, guru tak percaya! Harry Cavill terpaksa 'terbang' ke kelas!

Published by
KitaReporters


SEORANG kanak-kanak membuat teman sekelas dan guru sekolahnya tergaman seketika apabila mengaku Superman - adiwira dari planet Krypton, bermula dengan lukisan sehingga menjadi kartun dan kemudian menjadi `orang hidup` dalam filem - memang ada di dunia ini dan bapa saudaranya, Henry Carvill.

Carvill adalah pelakon Man of Steel,  memang memegang watak itu dalam filem, terpaksa `terbang` ke sekolah untuk membuktikan dia adalah Superman yang datang ke bumi untuk menyelamatkan Thomas!. Dan menunjukkan bukti seperti kata Thomas dia memang `wujud` dan anak saudaranya tidak menipu!


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Superman

Cavill kena `selamatkan` anak saudaranya. - Kredit gambar: DC Marvel


Kisah itu diceritakan semula oleh Cavill dalam temu bual dengan majalah Viva pada Mei 2021 lalu yang dia mempunyai dua anak saudara berumur 4 dan 6 tahun yang suka `bercakap besar` di sekolah tentang kehebatannya sebagai adiwara itu. Kisah dikatakan berlaku di antara 2011 hingga 2013.

Dalam laman portal Techarp.com melaporkan kisah itu mungkin berlaku ketika Thomas belum mencapai usia 7 tahun seperti yang ditularkan sebelum ini. 

Guru kelas menganggap Thomas menipu dengan membuat cerita `karut` itu manakala Thomas pula bermati-matian mengaku bapa saudaranya adalah Superman yang menjadi sebahagian daripada keluarganya.

Akhirnya guru kelas dia bawa pelajar `lurus bendul` itu mengadap pengetua untuk tindakan disiplin.

Ketika kejadian itu, Thomas memakai kemeja-T yang tertera gambar Superman ke sekolahnya dan guru menegur mengatakan watak itu tidak wujud. Lalu Thomas bekeras mengatakan sebaliknya. 


Kredit foto: Mashable India


Bila sudah `perang mulut` dan sikap `degil` dan dianggap sebagai budak suka berkhayal teruslah dia berdepan dengan pengetua itu. Pegawai atasan itu kemudian menghubungi ibu Thomas yang mengesahkan anaknya memang bercakap benar.

Lantas ibunya meminta adik iparnya, Cavill ke pejabat berkenaan untuk menunjukkan dirinya Superman yang sebenarnya sambil membawa pulang anaknya. Ketika itu juga, semua orang sudah terlopong dan tergamanlah seketika. 

Thomas yang akhirnya `menang` kes kerana membawa `bukti Superman` itu adalah bapa saudaranya. Kawan-kawan dan guru serta pengetua kena minta maaf dengan Thomas.

Cavill berkata Thomas ini terkenal `pandai bercakap` dan budak bijak dan mungkin masa itu dia dianggap sebagai mengada-gadakan cerita karut kepada guru sekolahnya.


Pin on Henry Cavill

Thomas dengan bapa saudaranya, Superman. Kredit gambar: Pinterest.


Kata Cavill lagi, kisah itu berlaku bila guru meminta pelajarnya termasuk Thomas menceritakan perihal keluarga dan kerjaya, lantas Thomas sangat teruja ketika berdiri di depan kelas terus memberitahu rakan-rakan dan gurunya, "Baiklah bapa saudara adalah Superman." 

Guru itu terus menyambut cakapnya, "okey," dia terus menarik Thomas ke tepi sambil menyifatkan budak ni memang cari masalah."

Kemudian banyak laman web tularkan cerita itu dengan melaporkan kejadian ketika Thomas berusia tujuh pada tahun 2021 ini. Ini menyebabkan laporan menjadi keliru kerana bagi budak seusia itu, dia mungkin sudah boleh faham watak itu sahih atau sebaliknya. - KitaReporters


Fact Check : Henry Cavill Had To Prove Nephew Didn't Lie?

Henry Cavill bersama dua anak saudaranya. - Kredit gambar: HenryCavillFan.org

0
0
0
1
0

Copy Link: