Hari jadi anak: Arwah Abam hadiahkan kereta! Macam mana tu??
Published by@hidayah_abam : #hamzahbrithday1thn... hai semua.. Hamzah nak Cuba bawak kereta.siapa nk ikut?? Jom.. hati2 ye anak ibu.
Di atas kereta itu terletak beberapa keping gambar Abam Bocey bersaiz besar dan sederhana.
Ramai yang menganggapan ia merupakan sebuah kelucuan kerana Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 lalu ketika Syed Uthman berusia 9 bulan.
Sebenarnya ibunya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, 27, yang membelikan hadiah itu sebagai memenuhi impian Allahyarham Abam yang mahu membelikan Syed Uthman sebuah kereta mainan bersaiz besar sebagai hadiah hari jadinya.
Impian Abam yang tidak tercapai itu ditunaikan oleh isterinya dengan membelikan hadiah istimewa itu untuk Syed Uthman.
Situasi majlis ulang tahun pertama Syed Uthman itu dirakam dalam IG @hidayah_abam.
Melalui perkongsiannya, Siti Nurhidayah menitipkan ucapan istimewa buat anak tunggalnya itu dengan mendoakan semoga menjadi anak yang soleh.
Video tersebut turut memaparkan Syed Uthman dilihat memegang bantal yang dicetak dengan gambar arwah.
“Selamat hari lahir buat anak kesayangan ibu genap 1 tahun Syed Uthman Hamzah Bin Syed Umar Mokhtar, 14.06.20.
"Semoga menjadi anak yang solleh buat ayah & ibu. Al-fatihah buat arwah suamiku Syed Umar Mokhtar,” tulis Siti Nurhidayah.
Selain membantu syarikat makanan/minuman kesihatan milik ayahnya, Siti Nurhidayah turut menjalankan perniagaan dalam talian. - KitaReporters