Aeril bayar zakat setiap bulan! Patut dicontohi bukan dikeji
Published byNIAT baik pelakon Aeril Zafrel berkongsi pengalaman membayar zakat perniagaan dalam media sosial disalah erti oleh beberapa orang netizen. Suami kepada Wawa Zainal itu menyeru dan mengajak orang ramai terutamanya yang mempunyai perniagaan serta berkemampuan untuk membayar zakat perniagaan dan peribadi. Ujar Aeril, dia bertekad untuk menunaikan tanggungjawab itu setiap bulan agar dapat membantu golongan yang memerlukan. : KitaReporters
"Bertambah rezeki yang Allah kurniakan, bermakna makin besar tanggungjawab untuk membayar hak dan tanggungjawab diri dan perniagaan kita untuk saudara seiman.
"Alhamdulillah, dulu setahun sekali, sekarang niat dan sudah amalkan sebulan sekali. Semoga saya istiqamah. Doakan kami,” tulisnya.
Namun, niat baiknya itu disalah erti oleh sesetengah netizen yang menuduh Aeril tidak ikhlas, riak dan hanya bertujuan untuk mempromosikan perniagaannya.
Aeril melahirkan rasa kecewanya dengan tuduhan
tersebut. Dia memuat naik kata-kata kecaman netizen yang mengecamnya.
“Hari itu saya ada buat hantaran tentang niat saya untuk
bayar zakat setiap bulan serta mengajak dan mengingatkan kepada mereka yang
berniaga untuk melakukan ibadat wajib ini.
“Jika kita tidak mampu untuk mendoakan, jangan kita menjadi asbab menyebarkan kebencian. Niat itu urusan hati, hati itu urusan Allah SWT,” luahnya.
Antara kecaman tersebut berbunyi “Benda baik perlu dihebabkan. Mana tahu dapat pangkat datuk.”
Sementara seorang lagi berkata, “Orang lain bayar zakat juga tapi tak delah sampai nak menunjuk-nunjuk bagai. Buat amal perlu ikhlas bukan untuk tontonan. Allah itu Maha Mengetahui."
Walau bagaimanapun, masih ramai netizen yang
menyokong Aeril dan memberi pendapat yang baik. Malah, mereka berharap Aeril
kuat dan tidak melayan komen-komen negatif.
“Aeril, mereka akan terus bercakap mengenai kita. Dari kita di bawah, masa nak mendaki sampailah nak sampai atas pun mereka masih tak berhenti bercakap.
"Teruskan berbuat baik, ramai lagi yang menyokong,” ujar salah seorang netizen yang juga merupakan ahli perniagaan.
Masih ramai netizen yang menyokong niat murni Aeril.
Begitulah nasib orang popular!!
Berkongsi sesuatu yang baik, dikatakan riak dan tidak ikhlas. Apabila berkongsi sesuatu yang tidak baik, dikatakan membawa pengaruh buruk kepada orang ramai.
Jadi, teruskan Ariel!!
Terus sebarkan perkara-perkara baik tanpa mempedulikan orang kata kerana masih ramai yang menyokong berbanding yang hanya tahu mengecam! - KitaReporters