Shuib Sepahtu nak cari cuma 100! Yang datang berganda-ganda!

Published by
KitaReporters
HENDAK cari cuma 100 pekerja, tetapi  jumlah yang datang luar biasa hingga menyebabkan barisan panjang pencari kerja di sebuah bangunan di Puchong, Selangor. Jumlah yang hadir itu sungguh-sungguh membuat Shuib Sepahtu rasa amat terharu dan berterima kasih. : KitaReporters


Peristiwa yang dilalui Shuib Sepahtu itu berlaku selama dua hari iaitu pada Rabu dan Khamis (9 dan 10 Jun 2020) lalu di ibu pejabat BubbleBee. 

Sebahagian besar mereka adalah para pekerja yang diberhentikan akibat pandemik  Covid-19. 

Setiap pemohon kerja diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut.

Shuib Sepahtu mengadakan temu duga terbuka bagi mencari kakitangan untuk  syarikatnya Bubble Bee yang  mengeluarkan produk minuman yang diasaskannya.

Pelamar kerja perlu menjaga jarak dan terpaksa beratur panjang untuk menjalani temu duga. - Kredit Foto: IG shuibsepahtu

Barisan itu menjadi sehingga 3 kilometer panjang kerana penjarakan sosial  pada dua hari temu duga terbuka yang diadakan.

Shuib tidak menyangka sesi temu duga itu mendapat sambutan hangat kerana hanya menghebahkannya dalam laman sosial.

Shuib mengaku perasaannya bercampur baur apabila melihat terlalu ramai calon datang mencuba nasib.

Shuib terharu dengan sambutan hangat yang diterima


Shuib sedih apabila mendapat tahu kebanyakan daripada mereka yang datang itu telah hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19!!

Menurut suami penyanyi Siti Sarah ini, dia sedih mengenangkan pengalaman dirinya yang pernah diberhentikan kerja dahulu dan datang menghadiri temu duga dari jauh, tetapi hasilnya mengecewakan.

Dia kini dapat merasai perasaan orang yang begitu mengharapkan pekerjaan. 

Namun jumlah pekerja yang diperlukan di syarikatnya terhad.

Temu duga terbuka itu adalah sebagai mengisi kekosongan di enam cawangan Bubble Beenya yang akan dibuka tidak lama lagi. - KitaReporters

2
1
2
0
1

Copy Link: