Video| Isu kontena sejuk beku di HTAR! Alhamdulillah selesai dengan baik! Syabas semua pihak!
Published byKredit foto: The Star
PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia benar-benar menzahirkan rasa kemanusiaan dalam kalangan kita. Apatah lagi terhadap masyarakat Malaysia yang terkenal dengan sifat ketimuran dan selalu bermurah hati menghulurkan bantaun kepada mereka yang memerlukan.
Tular dalam media sosial baru-baru ini sekumpulan pemuda berhajat mahu memberi sumbangan ikhlas sebuah kontena sejuk beku kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor, namun mereka telah dihalang berbuat demikian.
Menurut video asal yang tular tersebut, seorang pemuda dilihat begitu berang dan marah dengan tindakan pihak pengurusan HTAR, Klang yang didakwa enggan menerima bantuan dari orang awam tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kontena
Pemuda berkenaan menyatakan kontena sejuk beku berharga RM35,000 tersebut adalah bagi kegunaan menambah fungsi rumah mayat hospital khusus kepada para mangsa kematian akibat wabak Covid-19.
Pemuda yang bernama Sheikh Weshal Sheikh Ahmad dari Kota Raja, Selangor itu dikatakan tampil membawa kontena sejuk beku sejurus menerima sebuah video yang telah tular terlebih awal mengenai keadaan mayat dan jenazah Covid-19 yang terdampar di sebuah bilik terbuka.
Ini dipercayai kerana Rumah Mayat HTAR, Klang telah penuh akibat peningkatan kes kematian berpunca daripada wabak berbahaya tersebut.
Video pertama yang tular berdurasi 2:07 saat memperlihatkan bagaimana Sheikh Weshal begitu marah dan geram dengan tindakan keputusan pengurusan HTAR, Klang yang pada mulanya membenarkan sumbangan itu diterima oleh pihak mereka, namun beberapa ketika selepas itu, mereka enggan berbuat demikian.
"... mula-mula kata ok, tapi selepas tiga jam pengarah hospital tolak pulak (pemberian sumbangan bantuan), dia kata esok akan ada lapan kontena datang.
“… kita datang ini nak bagi supaya jenazah-jenazah ini atau mayat-mayat ini sekurang-kurangnya terletak di tempat yang selesa,” katanya dalam video yang tular berkenaan.
Walau bagaimanapun, beberapa jam selepas itu beliau memuat naik satu lagi video yang memberikan khabar gembira apabila pihak pengurusan HTAR, Klang telah bersetuju menerima sumbangan ikhlas mereka tersebut.
"Alhamdulillah... Akhirnya kontena kita ini telah dibenarkan masuk... Kita tempatkan di Jabatan Forensik... Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan... KSU Kementerian, juga Menteri Datuk Seri Dr Adham Baba dan juga pengarah hospital yang telah mempermudahkan urusan kami untuk membantu pihak hospital...," katanya.
Ini merupakan salah satu contoh terbaik sikap masyarakat kita yang tampil membantu walaupun mereka tiada sebarang kepentingan.
Pada masa sama, kita juga dapat melihat bagaimana pengurusan Kementerian Kesihatan dari Menteri Kesihatan, Ketua Setiausaha (KSU) dan pengarah hospital yang sudi memberi laluan kepada niat orang awam untuk membantu meringankan bebanan barisan frontliners kita.
Walaupun dalam pandemik yang makin meruncing di Lembah Klang, garaban gabungan antara menteri, KSU, pihak pengurusan di kementerian dan hospital, bersama-sama orang awam yang bermurah hati mampu mencipta suasana lebih harmoni dalam celahan pandemik ini.
Kita berharap lebih ramai pihak yang tampil memberi bantuan ikhlas sebegini kepada barisan frontliners, disamping kita turut berharap agar para pemimpin atasan terutama para menteri dapat mengurangkan karenah birokrasi dan mempermudahkan urusan seperti kisah tular ini. - KitaReporters