MUSIM tengkujuh yang mula melanda negeri Terengganu ketika ini menyebabkan ramai penduduk mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti menangkap ikan terutama di sungai dan parit kerana ketika ini dikatakan banyak ikan berada di tempat yang dinaiki air. Tapi beringatlah! Malang tidak berbau!! : KitaReporters


Seorang remaja berusia 13 tahun meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika menangkap ikan. - Kredit foto: FB ADUN Jabi.


Lagi kisah-kisha berkaitan kematian:

https://kitareporters.com/search?search=kematian


Bagaimanapun, aktiviti tersebut kadangkala mengundang bahaya kepada mereka yang melakukan aktiviti tersebut sama ada memukat, menjala atau memancing kerana pelbagai risiko mungkin berlaku dalam keadaan hujan dan tebing licin.

Apa yang terjadi kepada seorang remaja berusia 13 tahun dari Kampung Batang Gergaji, Apal, dekat Jertih, Terengganu, agak berlainan dan menjadi kejutan penduduk kampung apabila dia meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika menangkap ikan di dalam parit belakang rumahnya.

Kejadian berlaku pada jam 4.30 petang Rabu 11 November 2020 apabila mangsa dipercayai menangkap ikan menggunakan cara renjatan elektrik.


Ketua Polis Daerah Besut Abdul Rozak Muhammad


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, ketika mengesahkan kejadian itu berkata mangsa sempat memanggil datuknya yang berada di belakang rumah ketika kejadian.

Katanya, apabila datuknya sampai ke lokasi, mangsa sudah rebah di tepi parit dan tidak sedarkan diri. Beliau berkata, datuknya mengangkat mangsa ke atas batas parit tali air dalam keadaan mangsa sudah tidak sedarkan diri.

"Keluarganya menghubungi pihak Klinik Kesihatan Jabi dan mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh Pegawai Kesihatan klinik tersebut," katanya ketika dihubungi.

Abd Rozak berkata, siasatan pada tubuh si mati tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan.

Katanya, temu bual lanjut dengan datuk mangsa mendapati dia pernah melakukan aktiviti menangkap ikan dengan kaedah merenjat elektrik secara berseorangan sebelum ini.

"Hasil bedah siasat di Hospital Besut mendapati mangsa meninggal disebabkan renjatan elektrik," katanya.


ADUN Jabi Dr Azman Ibrahim  (kanan) menyampaikan sumbangan serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa ketika melawat mangsa di Hospital Besut


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim yang dimaklumkan mengenai kejadian turut menziarah mangsa di Hospital Besut.

Beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa susulan kejadian yang menimpa remaja berkenaan. - KitaReporters

3
1
6
4
4

Copy Link: