TUGASAN anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Daerah Setiu boleh dianggap mulia serta sanggup berkorban apa saja. Kalau tidak, mana mungkin empat anggotanya sanggup mengharungi air banjir sambil mengheret sebuah bot sejauh kira-kira 30 meter untuk membawa seorang ibu dalam pantang bersama bayinya ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). : KitaReporters


EMPAT anggota bomba mengheret bot yang dinaiki oleh seorang ibu dalam pantang bersama bayinya di Kampung Bukit Nenas, Setiu, Terengganu pada 20 Disember 2020. - Kredit Foto: JBDP Setiu 


Lagi kisah-kisah berkaitan bomba:

https://kitareporters.com/search?search=bomba


Turut dibawa bersama suri rumah berusia 30-an dan baharu bersalin seminggu itu ialah pakaian dan tilam yang dimuatkan ke dalam bot tersebut kemudian diheret di atas air sedalam satu meter oleh anggota bomba terbabit. 

Sebelum ini, kita sering membayangkan tugas jabatan itu berfungsi terhadap menyelamatkan nyawa manusia serta harta benda orang awam yang membabitkan kebakaran.


IBU dalam pantang berada di bot yang terkandas banjir.


IBU dalam pantang itu berpayung bersama bayinya untuk dihantar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kampung Bukit Nenas, Setiu pada 20 Disember 2020. - Kredit Foto : JBDP Setiu 


Namun dalam kejadian yang berlaku pukul 10.30 pagi Ahad, 20 Disember 2020 di Kampung Bukit Nenas, Setiu, Terengganu, empat anggota dari jabatan itu terpaksa berkejar ke kampung itu untuk menyelamatkan lima mangsa banjir yang terkandas. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu, PPgB Zull Azman Jamaluddin berkata pihaknya menerima panggilan daripada mangsa kira-kira pukul 9.30 pagi yang terkandas untuk berpindah di PPS.


ZULL AZMAN JAMALUDDIN 


Menurutnya, selepas itu pihaknya berkejar ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa banjir berkenaan selepas kawasan rumah mereka ditenggelami air. 

``Kami mengambil ibu yang dalam pantang bersama bayi di rumahnya dengan menggunakan sebuah bot untuk membawa mangsa sehingga di tepi bahu jalan dan selepas itu kami menghantar mangsa di PPS yang terletak tidak jauh dari kampung itu. 

``Kalaulah anggota kami tidak berbuat demikian kemungkinan mangsa yang sedang mengandung itu akan mengalami pelbagai masalah ketika mengharungi air banjir untuk berpindah,’’ katanya. - KitaReporters


17
0
3
0
3

Copy Link: