BARU-BARU ini kita telah ditularkan dalam laman media sosial seorang wanita parah digigit seekor anjing yang berlaku di Taman Tanjung Minyak, Melaka. Kecelakaan yang terjadi itu disyaki akibat kelalaian pemilik anjing jenis pitbull itu untuk mengawal rapi haiwan peliharaanya itu di sebuah kawasan taman perumahan. : KitaReporters

Kejadian yang tular baru-baru ini melibatkan seekor anjing pitbull


Cerita awal: Tolong! Tolong! Wanita cedera parah diserang seekor anjing!

Lagi cerita-cerita mengenai anjing:

https://kitareporters.com/search?search=anjing


Wanita tersebut bergelut hampir dua minit dengan anjing ganas tersebut sebelum dapat diselamatkan oleh seorang penduduk berhampiran beberapa ketika selepas itu.

Kejadian tersebut telah mendapat perhatian pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan haiwan untuk tampil memberikan respons terhadap pemilik haiwan tersebut.

“Mangsa dan masyarakat di tempat kejadian perlu membantu agar dapat serah pemilik dan anjing terlibat untuk mendapat keadilan.

“Kerajaan cukup undang-undang untuk tangani insiden ini termasuk mengheret pemilik anjing ke mahkamah dan mendakwa pemilik yang cuai dan tidak berakal," jelas Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia Association) dalam satu kenyataan.

KRISTINA menjadi mangsa serangan anjing jenis pitbull, yang terkenal dengan keganasannya.


Tangan kanan mangsa dikhuatiri tidak akan berfungsi seperti biasa menurut kata doktor 


Susulan dari kejadian malang itu, Barisan Pembela Haiwan Kebangsaan (BAPAK) telah hadir menziarahi mangsa di Hospital Besar Melaka dalam satu rombongan ziarah kesukarelaan.

Dalam sesi itu, mangsa yang dikenali dengan nama Kristina tidak dapat menahan sebak di dada dan bercucuran linangan air matanya apabila mengenangkan nasib yang menimpanya.

Dia yang masih lagi trauma dengan kejadian tersebut merasakan kelalaian pemilik anjing yang gagal menjaga binatang dari mencederakan orang awam adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

"Saya menjerit minta tolong tapi tak ada yang menolong.

"Tangan kanan saya mungkin tidak akan berfungsi seperti sedia kala menurut kata doktor", ujarnya sedih.




Kejadian yang boleh meragut nyawa seperti ini tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak dan memerlukan keadilan yang segera dan saksama.

Sebuah tabung kilat telah dilancarkan bagi membantu mangsa yang digigit anjing parah yang memerlukan kos saraan perubatan yang berkala.

Hari ini, kita mendengar ada individu yang cedara parah digigit anjing, jangan pula suatu hari nanti ada yang mati di bahu jalan dan tubuhnya dimamah haiwan tidak berakal tersebut. 

Sumbangan juga bolehlah disalurkan ke akaun rasmi Maybank Pertubuhan Pasukan Bertindak Haiwan (AAT) bernombor, 512361504919

"Bagi menzahirkan rasa simpati dan tanda bersahabat, ramai-ramai kita beri sedikit seorang. Pilih RM10, RM20, RM30, RM50, RM100 dan RM200.

"Diharapkan sumbangan ini dapat membantu mangsa dan meringankan beban untuk kos rawatan serta kegunaan harian Kristina", katanya.

Respons dari NGO yang ingin membantu menerusi derma maya dalam medsos


Dengan rasa simpati berterusan, ramai dalam kalangan pemain maya dalam medsos telah berkongsi dan menguar-uarkannya sepantas mungkin dalam platform media. 

Sikap prihatin netizen ini menunjukkan kita masih lagi mempunyai ikatan kebersamaan yang kuat dan tidak terputus.

Kepada tuan empunya anjing, siasatan masih dijalankan oleh pihak polis dan berharap kejadian tersebut menjadi ikhtibar kepada pemilik anjing yang lain agar tidak lalai dengan sewenang-wenangnya.

Dengan tanda pagar #justiceforkristina dan #kitajagakita, tabung derma dipanjangkan ke seluruh negara mulai beberapa jam yang lalu. - KitaReporters

73
27
171
17
56

Copy Link: