Siapa mati dulu? Do Re Mi dah tiada! Kini Milah pun tiada!
Published byINGAT tak watak anak dara bernama Milah yang digilai Do (Ibrahim Din) , Re (A.R Tompel) dan Mi (P Ramlee) dalam filem ‘Do Re Mi’ dan watak jururawat dalam filem ‘Nasib Do Re Mi’. Dia ialah Wan Chik Daud. Kini pelakon itu menghadap Illahi pada usia 80 tahun tengah hari ini, Sabtu, 26 September 2020. Innalillahi wainna ilaihi rojiun... : KitaReporters
Sebahagian besar masyarakat mengikuti filem-flem arahan dan lakonan P Ramlee yang kini ditayang dalam beberapa saluran TV dan saluran You Tube.
Filem-filem arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee mempunyai tarikan tersendiri terutama filem bercorak komedi hingga ia terus ditayangkan berpuluh kali di sesebuah stesen TV.
Justeru, ramai yang dapat menghafalkan jalan cerita dan mengingati sejumlah filem P Ramlee termasuk ‘Do Re Mi’ dan ‘Nasib Do Re Mi’ terbitah tahun 1966.
Ingat tak watak anak dara bernama Milah yang digilai Do (Ibrahim Din) , Re (A.R Tompel) dan Mi (P Ramlee) dalam filem ‘Do Re Mi’ dan watak jururawat dalam filem ‘Nasib Do Re Mi’.
Wan Chik atau nama sebenarnya Wan Chik Othman, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu menjadi juara Ratu Kebaya di Pulau Pinang pada awal 1960-an dan selepas itu melamar pekerjaan sebagai juruhebah di bahagian Radio, Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Bertugas di RTM telah melahirkan bibit percintaan dengan tokoh muzik di RTM, Daud Hamzah hingga akhirnya berkahwin.
Namun Wan Chik tidak meneruskan lakonan filem, sebaliknya terus menjadi penyiar di RTM. Kerana suara dan cara membaca tersendiri membolehkan Wan Cik diberi tugas sebagai pembaca berita.
Pada tahun 1980-an, Wan Chik turut diberi peluang sebagai salah satu hos bagi sebuah program bual bicara RTM secara langsung di TV1. Program itu sama seperti ‘Selamat Pagi Malaysia’ sekarang.
Namun hidup bahagia Wan Chik dan Daud Hamzah berkecai apabila mereka berpisah sekitar pertengahan 1980-an.
Selepas menjadi isteri M Rajoli, Wan Chik ada berlakon dalam beberapa buah drama TV.
Wan Chik pernah menjadi komentator jemputan dalam pertandingan Akademi Fantasia musim 4 pada 2006. Tidak lama dahulu Wan Chik pernah dijemput ke program Malaysia Hari Ini bersama dengan Mimi Loma dan Datin Rosnani Jamil memperkatakan mengenai nasib seniman veteran. Ketika itu Wan Chik hadir dengan memakai kerusi roda.
Selepas berpisah dengan suami pertamanya, Wan Chik lebih suka dipanggil Hajah Wan Chik, namun ramai masih memangilnya sebagai Wan Chik Daud.
Setelah beberapa ketika mengalami penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, barah payu dara tahap 4 dan lumpuh akhirnya Tuhan menjemputnya untuk bersama kedua-dua suaminya. - KitaReporters
Wan Chik sebagai jururawat dalam filem Nasib Do Re Mi.