Video| Abdul Somad nikahi Fatimah kerana dia hafizah! Dapat bantu dalam urusan pesantren hafiz
Published byKredit foto: hot.detik.com
PENDAKWAH terkenal Indonesia Ustaz Abdul Somad Batubara Bakthiar, 44, yang lebih dikenali sebagai UAS berhasrat untuk membuka pesantren hafiz. Justru dia berhasrat mendapat seorang seorang hafizah (penghafal wanita al-Quran) sebagai isteri bagi memudahkan pengurusan pesantren itu.
Menurut Tribun Jawa Timur, perkara itu pernah diutarakan UAS kepada Ustaz Hasan, pemimpin Pondok Pesantren Tahfiz Quran Al Muqoddasah, Ponorogo, Jawa Timur.
Kredit foto: FB Ustaz Abdul Somad
Justeru Ustaz Hasan memperkenal UAS iaitu seorang duda anak satu, dengan dengan bekas pelajar pondok pesantrennya yang dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud.
Fatimah menuntut ilmu di pesantren Ustaz Hasan sejak sekolah rendah hingga mampu menjadi penghafal al-Quran.
UAS yang juga dikenali di Malaysia, tertarik dengan wajah dan pendidikan Fatimah lalu tidak lama kemudian melamarnya dengan pergi ke rumah orang tua Fatimah di Jombang, Jawa Timur.
Rancangan pernikahan UAS dan Fatimah tular apabila borang pendaftaran di Pejabat Agama Islam Jombang bertarikh 1 Mac 2021 berjaya dikesan oleh beberapa media.
Mengikut jadual asal, majlis akad nikah sepatutnya diadakan pada bulan Syawal ini (Mei 2021) tetapi tiba-tiba dipercepat oleh UAS lalu majlis akad diada pada jam 4 petang, Rabu, 28 April 2021 di rumah keluarga Fatimah di Jombang.
Majlis berlangsung sederhana mengikut protokol kesihatan dengan hanya mengundang beberapa tetamu.
Antara yang datang ialah Ustaz Hasan dan beberapa anggota pengurusan Pondok Pesantren Tahfiz Quran Al Muqoddasah, Ponorogo, Jawa Timur.
Kredit foto: redaksi.com
Fatimah akan berusia 20 tahun pada 1 Oktober 2021. UAS sebelum ini berkahwin dengan Mellya Juniarti pada 20 Oktober 2012 tetapi bercerai pada 4 Disember 2019 dan mempunyai seorang anak.
UAS berasal dari Pekan Baru, Riau dan berpendidikan hingga ke peringkat ijazah kedoktoran dan memegang gelaran profesor. - KitaReporters