Tahniah Kamala Harris @ Momala! Wanita keturunan Asia pertama VP! Kedua paling berkuasa dunia
Published byKamala Harris bersama ahli keluarganya di majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat. - Kredit foto: Blomberg, Getty Images.
BEKAS wanita pertama, Hillary Clinton pernah cuba mengisi jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), begitu juga dengan Sarah Palin dari Alaska turut menaruh harapan untuk calon Naib Presiden, namum usaha kali ketiga yang memihak kepada Senator dari California, Kamala Harris terpilih Naib Presiden AS ke-49.
Harris, 56 tahun, anak pendatang kacukan bapa, orang Jamaica dan ibu dari India bakal menjadi `bidadari penyelamat` Parti Demokratik kerana parti itu hanya meraih sokongan 50/50 dengan Repulikan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Amerika Syarikat:
https://kitareporters.com/search?search=amerika+syarikat
Wanita Asia pertama selepas Barack Obama duduki kerusi tertinggi di Amerika Syarikat. - Kredit gambar: Eric Baradat Getty Images.
Akhbar The New York Times melaporkan sempena majlis angkat sumpah Harris sebagai Naib Presiden di samping Presiden, Joseph R. Biden Jr (Joe Biden) dan isterinya, Dr Jill Biden baru-baru ini, membayangkan dengan kedudukan seri itu, bermakna keraplah Harris kena berulang alik ke Capitol Hill untuk berdiplomasi dengan parti pembangkang dan banyak kerja keras menunggunya.
Sejam selepas angkat sumpah itu Harris terus berkejar ke Capitol Hill untuk melaksanakan tanggungawabnya sebagai Presiden Senate dan menyaksikan tiga senator baharu dilantik dari partinya, Jon Ossoff dan Raphael Warnock, dua calon yang menang di Georgia dalam pengundian khas dan Alex Padilla, penggantinya di California.
Hillary kalah akibat kejelekan kisah skandal suaminya, Clinton dengan budak pelatih di White House dan gabungan Sarah Palin dengan John McCain dari Arizona pula kerana `ketidakcerdikan` wanita itu menangani isu-isu semasa dan kerjasama dibuat secara tergesa-gesa ketika rakyat AS belum bersedia.
Malah kekalahan Hillary pada Donald Trump pula disebabkan ahli perniagaan itu popular dengan rancangan televisyennya, The Apprentice.
Cinta dua dunia bersemi di AS.... Ibu bapa Harris. - Kredit imej: Harperbazaar.
Walaupun wanita cekap memerintah dunia macam Ratu Elizabeth dan Margaret Thatcher di England, Megawati Sukarno dan tidak kurang di Perancis, New Zealand dan di Malaysia, Dr Wan Azizah dengan Tun Mahathir, AS benar-benar memberi peluang kepada Harris mungkin kerana rakyatnya marahkan Trump yang menutup pintu kepada warga asing dan menjadikan AS sebagai `syarikat` keluarganya.
Sumber Wikipedia mencatatkan, Harris seorang bekas peguam negara California akan diuji sepadan dengan pengalamannya dalam bidang politik dan perundangan yang diceburinya sejak 2011 dan Senator dari 2017 hingga 2021 untuk mengekalkan kedudukan parti itu.
Malah kebijaksananya dan kesetiaannya yang tidak mungkin melompat parti sebab utama Biden memilihnya sebagai rakan kongsi dalam pilihan raya Presiden tahun 2020.
Biden dikatakan pernah terluka dan sangat marah dengan cara Harris berkempen tetapi sanggup mengetepikan perasannya kerana ada pada awal kempen, Harris ada mengkritiknya.
Bekas-bekas Presiden (dari kiri) Obama, Clinton dan Bush hadir, manakala Trump `lari` ke Florida.
Majalah Harpersbazaar menceritakan ibu Harris, Shyamala Gopalan bertemu dan jatuh cinta kali pertama dengan Donald J Harris ketika sama-sama mengejar impiannya dengan melanjutkan pengajian peringkat kedoktoran di University of California, Berkeley. Di situ, dikatakan tapak kepada gerakan politik radikal.
Masa itu mereka bukan saja belajar malah kena berusaha memutikkan cinta dalam suasana kelam kibut dan penuh pancaroba di tengah kemelut politik radikal tahun 60-an yang kecoh dengan gerakan hipinya, parti Woodstock, perang Vietnam dan kemuncak penyebaran gelaja sosial ritual agama bebas seks.
Rupa-rupanya benihnya itu membiaknya minat politik pada anak sulung mereka. Walaupun hebatnya bercinta dan berjaya mengejar impian dalam bidang akademik dan penyelidikan kanser, akhirnya ibu bapanya bercerai pada 1972 dan tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia akibat kanser.
Runtuhnya rumah tangga membawa sekali kepada perebutan anak-anak dan Harris serta adiknya, Maya Harris mengikut ibunya di California sementara bapanya mengajar di Universiti Wisconsin.
Kerap kali dalam ucapannya, Harris akan menceritakan dia sering teringatkan ibunya daripada generasi`wanita kulit hitam`yang berhijrah ke AS untuk mengejar impian dan yakin akan melihat detik sejarah seperti yang dialaminya sekarang.
Anak tiri Harris bergaya dengan jenama Miu Miu by Kent Nishimura. - Kredit gambar: Getty Images
Terpilih sebagai wanita dari Asia yang akan menduduki kerusi kedua negara Uncle Sam itu yang kadangkala dianggap sebagai `polis dunia`. Pelantikan Harris dianggap kritikal dari segi usia kerana Biden akan menyambut harijadinya ke 78 tahun sempena tarikh angkat sumpah dan Harris sudah mencapai usia 56 tahun yang akan bila-bila masa berpotensi menjadi Presiden AS wanita pertama.
Malah dalam memoir Kamala 2018, The Truths We Hold, dia menulis tentang ibu bapanya: "Saya tahu mereka sangat saling mencintai. Tapi hidup mereka terasing macam minyak dengan air. Jika mereka tua sikit, matang beremosi mungkin perkahwinan dapat diselamatkan. Mereka sangat muda dan ayah pula kekasih pertama ibu," katanya.
Harris berkahwin dengan seorang peguam terkenal, Douglas Craig Emhott dan memiliki dua anak tiri.
Daripada pengalaman orang tuanya, Harris berusaha mengubah suai kehidupan dalam keluarga `segera` dengan `bermain tarik tali ` dalam mengambil hati dua anak tirinya, Ella dan Cole yang kemudian dia lebih suka menggelarkan dirinya sebagai Momala.
Anak tiri tertarik dengan sifat Harris yang bersahaja, ringkas dalam pertemuan makan malam mereka dengan hanya berkemeja T dan seluar jean saja. Anak tirinya turut hadir dalam majlis angkat sumpahnya.
Dari Ratu England, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau sehingga pemimpin dari negara Eropah, Asia dan orang ramai turut mengucapkan tahniah kepada pemimpin baharu AS.
"Rasa bangga menyaksikan majlis hari ini. Tahniah Joe Biden dan Kamala Harris. Semoga mereka menjadi penawar dan harap kita tunai tugas sebagai warga AS membantu negara dan rakan-rakan menghadapi cabaran mendatang," demikian kata pasangan Clinton dalam Twitternya.
Kamala Harris yang mempunyai 15.9 juta pengikut di Twitter turut mengucapkan terima kasih kepada semua krew yang menjayakan kempen dan kejayaannya. - KitaReporters