Mula-mula cerita lain, namun kebenaran akhirnya terbongkar! Mula-mula dakwa dia kecewa kerana usaha jual televisyen langsung tidak mendapat sambutan sebagai punca bertindas luar batas kemanusiaan.

Naum kematian wanita muda dan bayi kandungannya yang penuh menyayat hati akibat dibunuh oleh bapa mentuanya di Pasuruan, Jawa Timur dipercayai berpunca mangsa menjerit serta menolak hubungan seks ketika lelaki yang berusia 52 tahun itu cuba memperkosa dirinya.


Kredit foto: Detiknews


Dalam kejadian berlaku di Dusun Blimbing, Desa Parerejo, Kecamatan Purwodadi pada 30 Oktober 2023 lalu mangsa, Fitria Almuniroh Hafidloh Diyanah, 23, yang  sedang mengandung tujuh bulan mati setelah lehernya disembelih oleh bapa mentuanya bernama Khoiri juga seorang duda sejak 10 tahun lalu.


KHOIRI ditahan polis dipercayai membunuh menantunya yang mengandung tujuh bulan di Pasuruan, Jawa Timur pada 30 Oktober 2023. - Kredit foto: Detikcom


Dipetik dari portal Detiknews pada 2 November 2023 berkata ,semasa kejadian itu, tiada sesiapa di rumah mereka melainkan Fitria dan Khoiri yang bekerja sebagai buruh bangunan manakala suami mangsa sedang berada di tempat kerja.

Wakil Ketua Polis Pasuruan, Kompol Hari Aziz berkata tragedi tragis itu bermula ketika Khoiri melihat menantunya sedang tidur terlentang di atas katil selepas selesai mandi.

Beliau berkata, melihat keadaan menantu sedemikian telah menimbulkan keinginan Khoiri untuk melakukan hubungan seks lalu dia masuk ke dalam bilik Fitria dan mencium mangsa beberapa kali.

Namun, menurut jurucakap polis itu, akibat perbuatan itu mangsa menjerit serta menolak bapa mentua  yang cuba melakukan perbuatan tidak senonoh itu.


KOMPOL Hari Aziz


``Suspek menjadi panik kemudian dia pergi ke dapur mengambil sebilah pisau sepanjang 30 sentimeter dan Khoiri masuk semula ke bilik mangsa sebelum menindih badan serta mengerat leher Fitria.

``Kejadian tersebut mula diketahui oleh suami mangsa iaitu Sued Wibisono, 31,  selepas dia pulang dari kerja mendapati FItria terlentang di atas katil berlumuran dengan darah,’’ kata Hari.


SEBILAH pisau sepanjang 30 sentimeter yang digunakan oleh Khoiri untuk mengerat leher Fitria Almuniroh Hafidloh Diyanah di rumahnya di Dusun Blimbing, Desa Parerejo, Kecamatan Purwodadi, Pasuruan. - Kredit foto : Detikcom


Selanjutnya Hari memberitahu, dalam situasi menyayatkan hati itu, Sued membawa Fitria ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Pukesmas) tetapi doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan bayi dalam kandungannya berusia tujuh bulan juga turut meninggal.

Menurutnya, Khoiri bertindak sedemikian kerana bimbang aksi nafsu seksnya akan diketahui oleh jiran tetangga serta masyarakat sekiranya mangsa tidak mati.  

Bagaimanapun,  hasil siasatan polis, suspek menyesal dan mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu akibat dipengaruhi alkohol ketika kejadian. 


IBU mangsa, Nurul Afini


Sementara itu, ibu wanita malang itu, Nurul Afini, 49, berharap pihak pengadilan menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap besannya (Khoiri) yang sanggup membunuh anak kandungnya serta cucu dalam kandungan.

``Pembunuhan itu amat kejam dan saya tidak sangka seorang bapa mentua begitu tega melakukan perbuatan sebegitu terhadap Fitria yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik,’’ katanya. - KitaReporters

ANGGOTA polis menunjukan kesan darah semasa Fitria dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Pukesmas). - Kredit foto : Viva.co.id 

9
13
0
11
0

Copy Link: