Video| Tak cukup duit! Pagi jadi cikgu, petang pengumpul sampah! Tak malu demi cari rezeki halal!
Published byKehidupan yang semakin mencabar menyebabkan gaji yang diperolehi tidak mampu menampung kehidupan sendiri dan keluarga. Justeru ada yang terpaksa melakukan kerja-kerja lain untuk menampung kehidupan sekeluarga.
Tugas guru hononer sama seperti guru yang bekerja di bawah Kementerian Pendidikan Indonesia. Guru honorer tidak seperti guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan yang menerima gaji bulanan lebih besar selain menerima beberapa elaun.
Sementara guru honorer yang bekerja di bandar biasanya menerima gaji antara Rp1,500 hingga Rp2 juta (RM450- RM600) sebulan, sementara di luar bandar menerima kurang daripada itu.
Bayarannya dibuat tiga atau empat bulan sekali. Ini membuat sebahagian guru honorer terpaksa melakukan kerja-kerja lain untuk menambah pendapatan.
/
Alvi menjadi guru di bawah Kementerian Agama (Kemenag) Kabupaten Sukabumi. Menjadi rutin dari Isnin hingga Jumaat pada sebelah pagi, Alvi akan pergi ke sekolah untuk mengajar.
Alvi akan mula menjadi pemulung selepas persekolahan sesi pagi berakhir pada jam 12 tengah hari.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya dia akan mengutip barang terpakai seperti botol, plastik, kotak dan barang logam lain seperti paku dengan memakai pakaian seorang guru.
Sampai di rumah, selepas berehat seketika, Alvi kembali menjadi pemulung sehingga jam 5 petang iaitu selama 4 jam. Sementara pada Sabtu dan Ahad, Avi menjadi pemulung dari pagi.
Barangan lusuh yang dikumpul dijual seminggu sekali. Walaupun hanya menerima kira-kira Rp50 ribu (sekitar RM15) seminggu, namun Alvi tetap bangga dapat mencari rezeki halal untuk dirinya sekeluarga.
Alvi juga tidak malu apabila bertemu dengan sejumlah pelajarnya ketika menjadi pemulung. Mereka tetap memanggilnya sebagai Pak Awi iaitu gelaran seperti di sekolah. Rakan-rakannya di sekolah turut memberi sokongan.
Video Alvi menjadi pemulung kini tular dalam sejumlah laman sosial dan media cetak dan media elektronik.