Video| Lain daripada lain! Daun salad jadi cenderahati! Pengantin beri hadiah sayur kepada tetamu!
Published bySudah menjadi tradisi tetamu yang hadir dalam sesuatu majlis perkahwinan akan diberi diberi ‘hadiah’ atau cenderahati untuk dibawa pulang.
Biasanya ‘hadiah’ yang diberi dalam beg kertas yang disediakan meliputi beberapa cenderamata ‘kecil’ seperti kueh, air minuman dan barangan kraf. Ia bergantung kepada kemampuan pihak pengantin.
Namun di Indonesia terdapat trend baharu dalam memberi cenderahati kepada tetamu. Antaranya memberi sayur-sayuran atau buah-buahan.
Dan dalam sebuah majlis resepsi kahwin di Lampung, wilayah paling Selatan di Sumatera, pengantin menghadiah para tetamu dengan seikat daun salad atau dipanggil saledri di Indonesia.
Daun salad itu dibungkus dalam plastik lutsinar bagi memperlihat ia sebagai cenderahati agar kelihatan lebih eksklusif.
Cenderamata daun salad itu tular setelah dimuat naik oleh Maya Siregar yang menjadi pengacara majlis (master of ceremony) majlis.
Bagi tujuan promosi tugasnya, Maya Siregar mengguna pembantu untuk merakamkan video para tetamu menerima bungkusan daun salad sebagai cenderahati selepas memberi ucapan tahniah kepada pasangan pengantin.
Video itu tular dan mendapat respons positif daripada warganet yang memuji kelainan cenderamata untuk para tetamu.
Ada yang mengharapkan terdapat banyak lagi majlis kahwin yang memperlihat kelainan dalam memberi cenderamata.
Dalam video terlihat, setiap tetamu selepas memberikan ucapan selamat untuk pengantin di atas pelaminan langsung mendapatkan bungkusan daun salad.