Ini barulah Real Magic! Coca-Cola kongsi rezeki bersama komuniti Ramadan ini! Mahu berikan keceriaan!
Published byCoca-Cola Malaysia mempergiat aktiviti menyantuni golongan kurang bernasib baik dan memberi keceriaan kepada mereka yang kurang berkemampuan pada Ramadan kali ini, seiring dengan falsafah jenamanya ‘Real Magic’ untuk menyatukan komuniti dan membawa kesan positif kepada masyarakat umum.
Tahun 2023 ini, Coca-Cola Malaysia memperkasa inisiatif Ramadannya bersama-sama rakan kerjasama baharunya iaitu K Fry Urban Korean dan Pizza Hut Malaysia, serta mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada dengan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Mydin Malaysia dan Marrybrown.
“Kami sangat berbesar hati dapat menyokong usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Ramadan ini melalui sumbangan ‘Bakul Rahmah’ kepada golongan B40 dan inisiatif ‘Bubur Lambuk Rahmah’ yang akan diagihkan kepada pelbagai kumpulan masyarakat di pelbagai lokasi yang telah dikenal pasti di seluruh negara, bersama-sama Mydin Malaysia,” kata Khairul Anwar Ab Gahani – Pengarah Perhubungan Awam, Komunikasi dan Kelestarian – Coca-Cola Bottlers bagi pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei.
Sebagai sebuah syarikat minuman tanpa alkohol terbesar di dunia, Coca-Cola telah menyusun beberapa siri Majlis Iftar dan Bantuan Makanan Ramadan di bawah program Fast2Feed yang dianjurkan di seluruh negara, termasuk lokasi-lokasi utama seperti pasar raya Mydin di Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Johor, yang bakal memberi manfaat kepada lebih 4,000 penerima melibatkan golongan kurang bernasib baik dan anak-anak yatim.
“Program Fast2Food merupakan acara tradisi yang dijalankan bersama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Inisiatif ini merupakan kerjasama lebih 10 tahun bersama Muslim Aid untuk membawa kegembiraan kepada golongan dan komuniti yang kurang berkemampuan,” tambah Khairul.
Selain menjalin kerjasama rapat dengan rakan kerjasama sedia ada, Coca-Cola juga akan menjalankan program bersama rakan kerjasama baharunya – K Fry Urban Korean untuk program Ramadan ‘K Fry Kare’.
Melalui inisiatif ini, Coca-Cola dan K Fry Urban Korean akan berkunjung ke lapan rumah anak yatim terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan bagi majlis Iftar bersama anak yatim dan menyampaikan sumbangan kepada rumah kebajikan, sebagai salah satu cara berkongsi rezeki dengan kanak-kanak ini.
Coca-Cola bersama Pizza Hut Malaysia pula akan bersama-sama mengagihkan pek Iftar kepada lebih 200 orang di Malaysia Timur.
“Di Coca-Cola, komuniti adalah nadi kepada operasi dan perniagaan kami. Daripada warga kerja kami, pelanggan kami dan masyarakat setempat, kami sentiasa berusaha menggerakkan inisiatif-inisiatif dan program-program yang dapat meningkatkan taraf kehidupan komuniti sekitar.
"Sebagai sebuah syarikat yang sudah lama berada di Malaysia, lebih 85 tahun, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu golongan yang memerlukan semampu yang boleh dan memberi kesan positif kepada kehidupan meraka yang kurang bernasib baik,” tambah Khairul.
Coca-Cola juga akan menganjurkan Majlis Iftar di Masjid Enstek bagi membolehkan kakitangan Coca-Cola meluangkan masa berbuka puasa bersama penduduk di kawasan sekitar kilang pembotolannya di Bandar Enstek.
Program-program lain termasuklah Majlis Iftar besar-besaran bersama masyarakat di Kampong Gelam, Singapura dan kerjasama dengan Kelab Komuniti Geylang Serai dan Burger King Singapura bagi program agihan pek makanan. - KitaReporters/Kenyataan Media