Video| Netizen bimbang! Bayi terlalu gemuk! Baru setahun tapi berat badan 25kg! Jumpa doktor segera!

Published by
KitaReporters


BIASANYA ibu bapa gembira apabila menerima kelahiran si bayi dalam keadaan sihat dan membesar dengan tubuh gebu. Tetapi keadaan berubah dan timbul panik apabila pembesaran si bayi agak luar biasa.

Di Indonesia dalam pelbagai portal dan media sosial diberitakan seorang bayi yang mengalami pembesaran agak luar biasa dan ia menjadi berita tular (viral).


Bayi terlebih gemuk. Baru berusia setahun dah 25 kg. - Kredit foto: Tiktok @ismibossgeb78 

Baru berusia setahun tetapi berat badannya sudah mencapai 25kg. 

Kelihatan dalam video bayi lelaki tersebut sangatlah gemuk. Pipi besar begitu juga perutnya. Bahkan bahagian tangannya membengkak dan seperti sukar digerakkan.    


/


Melihat video ini, banyak netizen yang bimbang akan keadaan si bayi kerana keadaannya yang terlalu obesiti. Mereka menyarankan bayi itu segera mendapat rawatan doktor. 

Video yang dimuat naik pada Rabu, 15 Februari 2023 lalu itu telah ditonton lebih daripada 12.3 juta kali dalam TikTok.

Video ini dimuat naik oleh pemilik akaun @ismibossgep78.

/


Melihat video ini, banyak netizen yang mebimbangkanng keadaan si bayi kerana dianggap obesiti yang luar biasa.  Mereka mengesyorkan bayi itu segera mendapat rawatan perubatan.

Bagaimanapun TikTok ini tidak menyebut nama ibu bapa dan bayi itu serta di daerah mana mereka berada. - KitaReporters

13
13
0
9
0

Copy Link: