Gambar hiasan... Pastinya cahaya lampu akan menghiasi Langkawi pada 21 Februari 2025 ini.

Pertandingan Acara Suluh Sotong Kedah akan dianjurkan pada Jumaat, 21 Februari 2025 ini di Jeti LKIM Kuala Cenang, Langkawi.

Acara ini dijangka menarik penyertaan pemancing dari seluruh negara yang ingin merasai pengalaman menangkap sotong pada waktu malam dan merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM13,000.
Semua peserta pertandingan akan mula mendaftar mulai 6.00 petang dan pelepasan akan dilakukan pada jam 6.30 petang.
Acara ini akan berlangsung sehingga 7.00 pagi 22 Februari 2025.

Dalam pada itu pihak urusetia juga membenarkan peserta untuk menggunakan joran atau koyan.


Md Salleh Saidin.


Gambar hiasan... Pertandingan Suloh Sotong akan menjadi tarikan sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025. 


Menurut Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Dato' Md Salleh Saidin penyertaan bagi pertandingan ini terhad kepada 30 pasukan sahaja. Manakala setiap pasukan diwajibkan mempunyai empat orang peserta.

Katanya, peserta kali ini bukan sahaja berpeluang menikmati pengalaman unik menangkap sotong pada waktu malam, malah turut berpeluang merebut hadiah lumayan berjumlah RM13,000 yang ditawarkan oleh pihak penganjur. 

Pertandingan ini juga, tambah beliau, satu acara di bawah kalendar acara Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025.


Gambar hiasan... Sotong yang ditangkap ketika pertandingan candat sotong. 
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pihak sekretariat melalui Noordin Aziz (018-4084417), Nurul Badri Ali (011-1917 7473), atau Mohd Syaizuan Rashid (010-8088684).
Acara ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab Rekreasi MPLBP, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) dan beberapa agensi lain, sebagai usaha mempromosikan Kedah sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia. - KitaReporters
Gambar hiasan... Kanak-kanak dan orang ramai pastinya tidak sabar untuk melihat hasil tangkapan sempena Pertandingan Suluh Sotong Kedah.