Video| Wanita terkasima! Kali pertama jumpa stesen minyak ada rumah kucing! Harap boleh jadi contoh!
Published byKucing bernama Jit Jit ini pernah popular dan menjadi bintang di sebuah stesen pam minyak. - Kredit Foto: Google Image
Pasti anda pernah dengar dan terbaca ada beberapa stesen pam minyak di Malaysia menjadikan kucing jalanan sebagai haiwan peliharaan di premis mereka. Malah kucing ini menjadi ‘bintang’ dan ‘pempengaruh’ popular dalam media sosial.
Bukan sahaja stesen pam minyak tetapi juga di stesen LRT, ada kucing yang dijaga oleh para pekerja di situ menjadi terkenal.
Haiwan comel ini
ditatang dan menjadi kesayangan ramai di stesen-stesen pam minyak dan LRT. Malah,
haiwan-haiwan ini menjadi pelaris yang menarik pengunjung ke premis tersebut.
Kucing ini sangat popular dan menjadi kesayangan ramai di Stesen LRT Wangsa Maju, Kuala Lumpur. - Kredit Foto: Google Image.
Namun, ada satu
stesen pam minyak yang betul-betul gempak ditemui! Premis ini bukan sahaja
menjaga dan memberi makan kucing jalanan, tetapi mereka menyediakan tempat
tinggal dengan mendirikan rumah kucing! Satu usaha yang bagus dan wajar
dicontohi.
Seorang wanita yang juga pengguna TikTok, berkongsi pengalamannya bertemu dengan sebuah stesen pam minyak di Setia Alam, Shah Alam, Selangor.
Watch on TikTok
Dalam video yang dikongsi, kelihatan dia singgah di sebuah stesen pam minyak. Apa yang membuatkan dia terkasima, di stesen pam minyak tersebut terdapatnya sebuah rumah kucing.
“Masya-Allah,
kali pertama jumpa stesen minyak buat rumah kucing besar macam ni. Meow semua
gebu, montel dan manja-manja. Terbaik, semoga dimewahkan rezeki dan dapat
menjadi role model untuk stesen minyak lain juga,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Namun, ramai juga bimbang sekiranya hal ini didedahkan, ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan membuang kucing di situ.
“Kenapa tunjuk? Orang
sekarang ramai yang ambil kesempatan daripada ambil pengajaran. Semoga
dimewahkan rezeki penjaga meow dan semoga dijauhkan daripada manusia-manusia
busuk hati,” tulis salah seorang netizen.
Manakala ramai juga yang teruja dan berterima kasih kepada pemilik stesen pam minyak tersebut.
“Ya Allah, kurniakanlah
rezeki yang berlipat ganda kepada pemilik dan pekerja Shell ini. Berikan
kesihatand dan kehidupan yang baik kepada mereka asbab berbuat baik kepada
kucing, amin,” tulis netizen lain.
Sama ada didedahkan atau tidak kerana dikhuatiri diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab, ia sebenarnya berbalik kepada individu tersebut. Kalau sudah perangainya macam syaitan, orang seperti ini akan buang kucing di mana-mana sahaja. - KitaReporters