Video| Ilmu apa dia pakai? Ilmu pukau ikan ke? Pemuda guna tangan je tangkap ikan! Netizen terpegun!

Published by
KitaReporters


Pelbagai peralatan digunakan untuk menangkap ikan seperti menggunakan mata kail, jala, bubu, pukat dan pelbagai lagi. Alatan-alatan ini gunakan sesuai dengan lokasi. 

Kalau setakat mengail atau memancing, biasanya dilakukan di sungai, parit atau pinggir pantai. Kalau memukat pula digunakan untuk menangkap ikan dalam jumlah yang banyak seperti di laut dalam oleh para nelayan.

Namun pernahkah anda mendengar atau melihat orang menangkap ikan hanya menggunakan tangan? 

Mungkin pernah tetapi jarang sekali kita bertemu dengan orang yang mempunyai kebolehan luar biasa seperti itu. Ibarat satu dalam seribu!


Hanya menggunakan tangan, pemuda ini berjaya menangkap ikan dengan mudah.


Perkongsian seorang pengguna TikTok mengenai rakannya yang mempunyai kelebihan menangkap ikan menggunakan tangan, menarik perhatian ramai. Video yang dikongsi itu telah menerima sebanyak 3.9 juta tontonan.

Dalam video yang dikongsi, kelihatan mereka berdua berada di sebuah sungai berdekatan kawasan perumahan pangsapuri. Dia merakam perlakuan rakannya itu yang sedang menangkap ikan hanya menggunakan tangan sahaja.  

Tanpa menggunakan sebarang peralatan, kelihatan begitu mudah dia menangkap ikan yang ada di dalam sungai itu. Tidak dapat dipastikan ikan jenis apa tetapi rasanya ikan tilapia yang ditangkapnya itu.  


Besar juga saiz ikan yang berjaya ditangkap hanya menggunakan tangan.


Aksi rakannya itu benar-benar membuatkan para netizen terpegun sehingga ada yang tidak percaya dan mendakwa video tersebut telah diundur (reverse). 

Reverse video, thanks me later,” tulis netizen yang tidak percaya. 



Namun, ramai yang tidak bersetuju dan percaya video tersebut adalah benar. Kebolehannya menangkap menggunakan tangan sangat mengagumkan.

“Hahaha. Begitu sahaja dia tangkap. Saya hari-hari morning walk di Sungai Melaka mampu tengok je ikan sambil tunjuk kepada kawan-kawan dalam live saya,” kata salah seorang netizen.


 


Ada juga yang minta tunjuk ajar dan bertanya ilmu apakah yang digunakan sehingga mampu menangkap ikan dengan mudah hanya menggunakan tangan.

“Apakah ilmu yang abang guna senang macam tu?” tanya netizen. - KitaReporters



9
13
0
7
0

Copy Link: