Imarahkan masjid dan surau! Ahli Parlimen Larut tetap sempurnakan tanggungjawab pada bulan Ramadan!

Published by
KitaReporters

Sebahagian pengerusi masjid dan surau yang hadir menerima sumbangan


Masjid dan surau di kawasan Parlimen Larut tidak dilupakan pada bulan Ramadan yang mulia ini. Setiap masjid dan surau menerima sumbangan wang tunai dan buah kurma untuk menceriakan ahli-ahli jemaah terbabit.

Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya melaksanakan tanggungjawab yang tidak dilupakan pada bulan Ramadan setiap tahun.

Beliau berkata, mereka boleh menggunakan sumbangan itu untuk menceriakan masjid dan surau pada bulan yang mulia ini.

“Saya buat program ini di DUN Selama , Kubu Gajah dan Batu Kurau di seluruh Parlimen Larut bagi mendapat bantuan itu,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan masjid dan surau Parlimen Larut di Dewan Rumah Rehat Selama pada 7 Mac 2025. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama, Mohd Akmal dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahya. 

Hamzah berkata, dia bersyukur kerana dapat melaksanakan program itu sejak menjadi Ahli Parlimen di Larut.


Hamzah Zainudin (tengah) menyerahkan buah kurma kepada seorang penerima.


Sementara itu dalam perkembangan lain, Hamzah meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik semula kerakyatan lelaki yang menghina agama Islam yang kini dikatakan berada di luar negara.

Bekas Menteri KDN itu berkata, kementerian itu mempunyai kuasa berbuat demikian atau pun membatalkan pasport antarabangsa miliknya.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat supaya sesiapa sahaja warganegara Malaysia yang berada di luar negara tidak berani lagi bercakap hal yang bukan-bukan seperti video yang tular pada baru-baru ini.

"Orang yang bercakap tentang perkara ini adalah orang yang tidak bertanggungjawab dan saya minta KDN untuk menarik segera kerakyatannya sebagai satu bentuk hukuman.

"Tindakan itu (menarik semula kerakyatan) lebih baik bagi memastikan masa depan kita terjamin. Kitalah yang meraikan semua bangsa dan kita juga dah buat keputusan semua agama untuk jaga kepentingan masing-masing," katanya.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan lelaki yang menghina Islam itu kini berada di luar negara.

Katanya, usaha mengesan suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, kerana perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian antara kaum dan agama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan jaringan. - KitaReporters


Hamzah (tengah) menyerahkan buah kurma kepada seorang penerima

12
13
0
9
0

Copy Link: