Video| Ada beran? Solat tarawih 8 jam! Bukan 8 rakaat! Khatam 30 juzuk al-Quran! Semakin ramai hadir!
Published by.
Kebiasaannya bagi umat Islam di negara ASEAN melakukan solat tarawih dengan jumlah minimun 8 rakaat dan 3 witir, namun bagi yang larat akan meneruskan sehingga ke rakaat ke-20 dan kemudian 3 witir.
Menurut salah seorang pengasuh pesantren itu, Ustaz Barlei Musaddad, jumlah jemaah setiap tahun semakin meningkat, walaupun jumlah jemaah yang dapat bertahan sehingga rakat ke-20 tidak banyak.
Oleh kerana tempohnya panjang, lima imam bertugas secara berganti-ganti dengan setiap seorang mengimamkan 6 juz al-Quran. Mereka akan bergilir-gilir setiap penggantian surah. Bacaan surah dilaku dengan teliti dan tidak mengejar waktu.
Tambah Ustaz Barlei, selain para santri yang solat tarawih di pesantren itu, ia juga terbuka untuk masyarakat luar termasuk dari luar negara.
/
Menurut Ustaz Barlei, melihat kepada peningkatan jumlah jemaah dari luar tahfiz yang hadir, tradisi solat tarawih 30 juz al-Quran itu akan diteruskan pada masa hadapan.