Pasangan suami isteri ini mengadakan perkahwinan pelik tapi benar dengan mengahwinkan pasangan kembar anak mereka. Kredit foto: viral news


Ia satu perkahwinan pelik  dan aneh berlaku di Thailand. Menurut laporan Mail Online UK, sepasang anak kembar berusia 5 tahun dipaksa bernikah oleh keluarga untuk menghindari nasib buruk.

Seorang budak lelaki dan saudara kembar perempuannya dinikah di rumah mereka di Nakhon Si Thammarat, Thailand pada 4 Mac 2021 lalu. 

Orang tua mereka, bapa Weerasak Moosika, 31, and ibu Rewadee, 30,  yang taat beragama mengikuti ajaran Buddha mendakwa anak kembar mereka dilahirkan bersama kerana hubungan sebelumnya daripada kehidupan lampau.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kembar:

https://kitareporters.com/search?search=kembar



Mereka percaya anak kembar itu membersihkan mereka daripada 'karma'  atau 'nasib buruk atau sial' kerana mereka pernah menjadi kekasih tetapi hubungan mereka berakhir sebelum dapat bernikah.

Seorang sami Buddha dilaporkan hadir bagi menyempurnakan majlis perkahwinan tersebut.



Pernikahan dua beradik itu mengikut fahaman ibu bapa mereka dan ia tidak diiktiraf dari segi undang-undang.

Sementara para netizen sebahagian besar terkejut dengan pernikahan itu dan menyifatkan ia tidak patut diadakan

Ramai mempertikaikan bagaimana ibu bapa sanggup mengahwinkan anak mereka sesama sendiri dan mengesa pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Sebahagian berpendapat kedua-dua orang tua itu tidak wajar melakukan perkara aneh itu dan dianggap sesat dalam agama Buddha. - KitaReporters


2
1
0
0
4

Copy Link: