Dua beradik Raja Muhammad Mikael Raja Faizul (Mika) bersama kakaknya Raja Farhana Bahirah (Hana) bersama bapa mereka, Raja Faizul Shahriman kelihatan sedih dan sayu semasa bacaan talkin di perkuburan opah kesayangan mereka di Tanah Perkuburan FELDA Bukit Rokan,Gemencheh, Negeri Sembilan pada 2 April 2021. - Kredit foto: Video KuMika KuFaizul.


Raja Zubaidah Raja Husin (tengah)


BINTANG media sosial kanak-kanak yang petah berpantun KuMika dan KuHana kehilangan untuk selamanya opah kesayangan mereka kerana dipanggil kembali menemui pencipta-Nya.

Opah mereka, Raja Zubaidah Raja Husin, 83, meninggal dunia di FELDA Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan pagi Jumaat 2 April 2021 dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan tanah rancangan berkenaan pada sebelah petangnya.

Bagi kedua-dua beradik ini nama sebenarnya Raja Muhammad Mikael Raja Faizul atau lebih mesra dipanggil KuMika dan kakaknya, Raja Farhana Bahirah Raja Faizul atau KuHana ketiadaan opah mereka begitu dirasai selain oleh ibu bapa mereka juga keluarga lainnya terutama di sebelah bapa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan nenek

Dengan ditemai ayah mereka Raja Faizul, Raja Muhammad Mikael dan kakaknya Raja Farhana Bahirah dihadapan pusara opah kesayangan mereka.


Terkesannya dua kanak-kanak berkenaan berikutan pemergian selamanya dan tidak akan kembali lagi kerana menemui pencipta-Nya, nenek mereka Raja Zubaidah merupakan individu kesayangan yang mesra dan akrab di samping cucu-cucunya yang lain. 

Ayah kepada kedua-dua mereka, Raja Faizul Raja Shahriman melalui status terkini beliau dalam laman sosial FB Ruangan KuMika Ku Faizul mencoretkan antara lain, "Alhamdulillah selesai sudah majlis pengebumian insan tersayang dalam keluarga kami.

"Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk penduduk FELDA Bukit Rokan, kaum keluarga dan semua yang mendoakan serta mengucapkan takziah. Semoga opah Hana dan Mika ditempatkan bersama golongan mereka yang beriman," katanya.

Selain itu, melalui sebuah video yang dimuat naik melalui ruangan berkenaan mempertontonkan bagaimana mesranya kedua-dua cucu kesayangan nenek mereka semasa hayat Allahyarhamah.


Raja Muhammad Mikael penuh minat melihat Allahyarhamah opah beliau dalam proses diturunkan ke liang lahad di Tanah Perkuburan FELDA Bukit Rokan, Gemencheh.


Proses menurunkan mayat Allahyarhamah Raja Zubaidah ke liang lahad.



Malahan tercacat coretan pada video berkenaan di mana rakaman tersebut dibuat merupakan pertemuan terakhir antara keluarga KuMika dan KuHana bersama Allahyarhamah. Paparan ini semasa Raja Faizul memeluk erat ibunya, Raja Zubaidah.

Melalui video berkenaan juga kelihatan kedua-dua beradik ini turut berada di tanah perkuburan semasa pengebumian opah mereka dijalankan. Malahan mereka juga melihat secara dekat dari mula Allahyarhamah opah mereka dimasukan ke liang lahad hinggalah selesai pengebumian dan bacaan talkin. 

KuHana semasa bacaan talkin kelihatan mengalirkan air mata hingga membasahi pipi, manakala adiknya KuMika jelas gelisah, kurang selesa dan riak mukanya menampakan kesedihan.

KuHana dan KuMika popular sejak beberapa tahun lalu dan sering diundang ke majlis-majlis tertentu termasuk di luar Negeri Sembilan untuk persembahan berpantun. 

Malahan kerana kepetahan kedua-duanya semasa berpantun turut mencuit hati Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada tahun 2020.

Kedua-dua adik beradik ini mahir berpantun melalui bimbingan ayahnya sendiri Raja Faizul selain menggunakan dialek Negeri Sembilan dan juga bahasa Melayu standard. - KitaReporters 


Allahyarhamah Raja Zubaidah bersama Raja Muhammad Mikael semasa hayatnya.


Keluarga bahagian KuMika dan KuHana bersama ayah dan ibu mereka.


Bintang media sosial KuMika dan KuHana kehilangan opah kesayangan mereka kerana menemui pencipta-Nya.


1
2
3
0
0

Copy Link: